Real Madrid Hadapi El Clasico Tanpa Hazard

Hasrat penyokong La Liga menyaksikan aksi Messi vs Hazard dalam el clasico pertama musim ini, nampaknya tidak kesampaian.

Itulah juga el clasico pertama Lionel Messi dengan status pemenang Ballon d’Or 6 kali.

Hazard tidak akan beraksi dalam el clasico tersebut, selepas bintang termahal Real Madrid itu mengalami kecederaan di pergelangan kakinya.

Real Madrid membayar bayaran tetap £88 juta dengan beberapa lagi bonus tambahan bakal menyusul yang dilaporkan boleh mencecah sekitar £30 juta lagi.

Kapten Belgium itu terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-68 dalam aksi seri 2-2 dengan PSG minggu lalu.

Eden Hazard tiba di Real Madrid ketika masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan. Dan beliau tidak beraksi banyak musim ini bersama Real Madrid kerana kecederaan.

Kali ini beliau cedera lagi. Ketiadaan Hazard dalam pasukan untuk beberapa minggu disahkan oleh laman rasmi pasukan Real Madrid CF.

Real Madrid menyatakan: “Susulan daripada ujian dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas pemain kita, Eden Hazard oleh jabatan perubatan Real Madrid, perkembangan terkini adalah, Eden Hazard mengalami kecederaan di kanan.”

“Hazard mengalami sedikit keretakan pada bahagian pergelangan kaki tersebut dan tempoh pemulihan pemain tersebut akan diketahui selepas ini.”

Apa yang pasti Eden Hazard tidak akan beraksi sepanjang Disember ini. Aksi el clasico akan berlangsung pada 19 Disember 2019.

Laporan oleh Marca menjangkakan Hazard perlu berehat sekurang-kurangnya 4 minggu untuk sembuh.

Namun begitu, sejak mengalami kecederaan menentang PSG, Eden Hazard dilaporkan gagal untuk menunjukkan perkembangan yang lebih pantas.

Proses pemulihan beliau agak lambat daripada yang dijangka oleh Real Madrid. Memberikan isyarat pemain itu mungkin akan disisihkan lebih lama daripada kebiasaannya.’

Pada kedudukan semasa, Barcelona berada di atas Real Madrid dengan kelebihan perbezaan jaringan. Barcelona dan Real Madrid, masing masing berkongsi 31 mata selepas 14 perlawanan

Kedua-dua pasukan masih belum bertemu.

Selain daripada Hazard, Marcelo juga dijangka tidak dapat beraksi dalam aksi itu.

Perlawanan el clasico itu sepatutnya pada Oktober lalu. Namun berlaku kekacauan politik di Catalonia membuatkan ia ditunda.

Real Madrid kini dalam usaha menamatkan kemarau kejuraan La Liga dan memperbaiki pencapaian mereka daripada musim lalu.

Real musim lalu menamatkan saingan tanpa sebarang piala.

Kehilangan Eden Hazard pastinya memberikan peluang kepada pemain seperti Vinicius Jr untuk bermain.

Bale dan Benzema dijangka akan mengepalai barisan serangan Real Madrid.

Eden Hazard dibeli setelah Real Madrid kehilangan Cristiano Ronaldo pada musim lalu.

Namun begitu, sejak menyertai Real Madrid, beliau masih belum lagi sempat menunjukkan prestasi seperti yang beliau cipta di Chelsea sebelum ini.

Beliau juga pernah berhadapan dengan isu berat badan berlebihan sehinggakan Zidane memberikan amaran untuk Hazard menurunkannya segera.

Mampukah Real Madrid menewaskan Barcelona di Nou Camp pada 19 Disember nanti tanpa bintang seperti Eden Hazard?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.