Real Madrid Bimbang Hazard Kembali Dengan Berat Badan Berlebihan

Eden Hazard dilaporkan kembali ke latihan pra musim dengan berat badan yang berlebihan dan kelab sungguh mengambil berat dengan pemain termahal mereka.

Bintang Belgium itu melengkapkan perpindahan impiannya ke Santiago Bernabeu tahun lalu, namun beliau mula menyertai rakan sepasukannya untuk jalani latihan pra musim dengan berat badan yang berlebihan.

Media penerbitan Sepanyol, ABC mendakwa bahawa sejarah lama berulang kembali dengan bintang berusia 29 tahun itu sekali lagi membangkitkan kemarahan pengurus pasukan, Zinedine Zidane.

Eden Hazard turut menyertai skuad kebangsaan Belgium untuk saingan Nations League minggu lalu, namun beliau langsung tidak diturunkan untuk beraksi oleh pengurus pasukan kebangsaannya.

SPORT menyatakan bahawa Hazard kini akan mengambil masa sekitar dua atau tiga minggu lebih lewat berbanding pemain lain dalam skuad Real Madrid.

Pengurusan tertinggi kelab bimbang sekiranya bekas pemain Chelsea itu tidak mengambil serius kedudukannya sebagai bintang Los Blancos.

Pihak pengurusan tertinggi Real Madrid juga sangat menginginkan Hazard untuk memberikan komitmen yang lebih tinggi untuk kelab.

Bintang muda berusia 20 tahun, Vinicius Junior boleh diberi peluang untuk menggantikan Hazard sebagai kesebelasan utama untuk kelab sekembalinya saingan musim baru nanti.

Hazard cuma mampu menjaringkan satu gol sahaja untuk Real Madrid musim lalu dan beliau juga mempamerkan aksi sungguh hambar ketika perlawanan bertemu Manchester City dalam saingan liga Juara-juara yang lalu.

Tony Cascarino memberitahu talkSPORT selepas tamat perlawanan antara Madrid bertemu City dan menyatakan bahawa:

“Kami semua tahu bertapa hebatnya Hazard mampu untuk jadi, kami semua juga tahu bahawa dia boleh membawa perubahan yang luar biasa untuk kelab.”

“Tetapi dia tidak mengambil serius perpindahan beliau ke Madrid, dan dia menanggungnya pada musim ini.”

“Dia muncul dengan berat badan berlebihan, dia juga selalu ketinggalan berbanding rakan sepasukan yang lain, beliau kerap mengalami kecederaan. Melihat aksi beliau semalam seperti melihat seorang pemain yang sangat berbeza.”

“Kyle Walker pastinya berfikir adakah beliau Hazard yang sama dengan Hazard dari Chelsea yang pernah ditemuinya sebelum ini.”

“Dia seorang pemain yang bijak, tetapi dia dibayar dengan nilai yang sangat tinggi untuk menyertai Real Madrid namun dia tidak mengambilnya secara serius.”

“Dia sendiri tahu bahawa dirinya mampu untuk menjadi jauh lebih hebat dari apa yang sudah beliau pamerkan sekarang tetapi dia tidak mahu ambil hal ini sebagai hal yang serius.”

Hazard juga baru-baru ini mengakui bahawa musim 2019/20 ini merupakan musim terburuk dalam kariernya walaupun Real Madrid berjaya untuk menjulang Piala kejuaraan La Liga ke-34 mereka.

“Tahun ini kami cemerlang untuk menjulang Piala liga, tetapi saya yakin bahawa saya telah melalui musim yang sungguh hambar sepanjang karier saya secara individunya.”

Jelas Hazard kepada France Info.

“Musim ini merupakan musim yang sangat janggal dengan semuanya yang berlaku.”

“Ketika kamu bermain untuk Real Madrid, kamu pasti mahu memenangi semua Piala.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.