Virgil Van Dijk membalas dakwaan yang mengatakan bahawa aksinya ketika bertemu Leeds terlalu angkuh sehingga menyebabkan gawang gol tuan rumah dibolosi.
Liverpool dan Leeds bertemu awal pagi semalam dalam perlawanan sungguh dramatik yang menemukan Juara premier league dan Juara Championship.
Perlawanan antara kedua-dua pasukan itu menyajikan aksi yang sungguh mengagumkan dengan Juara bertahan, Liverpool memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-3.
Virgil van Dijk's interview with @beINSPORTS_EN including his comments on Mohamed Salah.pic.twitter.com/y3RPaWp3dh
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) September 12, 2020
Para peminat sungguh teruja untuk menyaksikan pertembungan taktikal antara Jurgen Klopp dan Marcelo Bielsa dalam perlawanan pembukaan saingan Liga untuk kedua-dua pasukan itu.
Van Dijk sendiri berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk Liverpool di babak pertama perlawanan dengan tandukan padunya menewaskan penjaga gol Leeds.
Namun beliau juga dikatakan punca utama gawang gol Liverpool dibolosi buat kali kedua beberapa minit selepas beliau menjaringkan gol.
Van Dijk gagal untuk mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan bahaya dan akhirnya membenarkan Patrick Bamford untuk menjaringkan gol kedua untuk Leeds.
Ekoran dari tindakan malas serta kesilapan mudah yang beliau lakukan, bekas pertahanan Southampton itu dikecam dan digelar terlalu angkuh oleh beberapa orang pundit.
Jamie Carragher blasts 'arrogant' Virgil van Dijk for rare mistake in Liverpool's Premier League opener against Leeds https://t.co/u8P6lfaft2
— MailOnline Sport (@MailSport) September 13, 2020
Selepas menerima kecaman dan digelar terlalu angkuh, Van Dijk tidak mendiamkan diri, sebaliknya beliau membalas kenyataan tersebut dengan menyatakan:
“Ianya antara salah satu… Ia adalah situasi yang mungkin boleh berlaku.”
Jelas Van Dijk kepada BeIN Sport.
Bercakap tentang perlawanan tersebut, bintang Belanda itu turut menambah:
“Kami sudah jangka perlawanan itu akan berlangsung sengit.”
“Tiada siapa yang mahu bolos tetapi memang perlawanan itu sengit untuk kedua-dua pasukan. Kami berlatih untuk itu dan kami tahu ia mungkin akan terjadi.”
Jamie Carragher blasts 'arrogant' Virgil van Dijk for rare mistake in Liverpool's Premier League opener against Leeds https://t.co/nexEm1Vi2i
— MailOnline Sport (@MailSport) September 12, 2020
“Mata adalah perkara terpenting dan ianya sudah tentu. Mereka(Leeds) akan memberi banyak masalah kepada pasukan lain dalam liga, saya rasa ianya sangat bagus untuk kami mendapatkan tiga mata penuh. Tetapi masih banyak perkara yang harus kami usahakan.”
Bercakap ketika perlawanan tersebut, legenda Liverpool sendiri, Jamie Redknapp merupakan pundit pertama yang mengecam Van Dijk dengan menyatakan:
“Ianya terlalu angkuh.”
“Dia rela mencuba untuk membalikkannya daripada menghadapinya. Mungkin kerana dia fikir itu Leeds United, pasukan baru dan dia fikir ianya sedikit mudah untuk dikawal.”
“Tetapi kerana kesilapan dia, Patrick Bamford telah dihadiahkan peluang keemasan seperti itu.”
Selain Redknapp, seorang lagi bekas pemain dan legenda Liverpool, Jamie Carragher nyata kecewa dengan prestasi Virgil van Dik dalam perlawanan tersebut.
Carragher yang kini merupakan seorang pengulas dan penganalisis untuk Sky Sports tidak teragak-agak menghentam kesilapan yang dilakukan oleh Van Dijk.
Menurut statistik oleh talkSPORT dan Squawka, Van Dijk merupakan pemain yang paling kerap melakukan kesilapan sehingga gawang golnya dibolosi sejak 2018.
Virgil van Dijk responds to Jamie Carragher labelling him "arrogant" @LFC https://t.co/2MGuiGDyyl
— Irish Mirror Sport (@MirrorSportIE) September 13, 2020
Namun diantara tempoh tersebut, pemain pertahanan antarabangsa Belanda ini turut beraksi baik sepanjang 150 perlawanan dalam tempoh itu.
Agak menggusarkan kerana Van Dijk telah melakukan beberapa kesilapan mudah sejak akhir-akhir ini termasuk ketika pra musim dan tugasan bersama Belanda.
Mujurnya skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya juga untuk memenangi perlawanan tersebut dan mendapatkan tiga mata berharga di halaman mereka sendiri.