Reaksi Van De Beek Melihat United Menjaringkan Gol Sungguh Menghiburkan

Peminat mendapati Donny Van De Beek sering melakukan reaksi yang sungguh menghiburkan setiap kali Manchester United menjaringkan gol.

Van de Beek turuk beraksi sebagai pemain gantian ketika dalam aksi kemenangan 6-2 setan merah membelasah Leeds United kemarin.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer telah berhasil menjaringkan kesemua enam gol mereka dalam perlawanan itu sebelum VDB di bawa masuk.

Jadi ketika rakan sepasukannya menjaringkan gol, pemain kebangsaan Belanda itu hanya menyaksikannya sahaja dari garis tepi padang.

Peminat Manchester United terhibur melihat reaksi dari pemain berusia 23 tahun itu ketika melihat rakan sepasukannya menjaringkan gol.

Van de Beek memberikan reaksi yang sungguh menghiburkan ketika beliau melihat Daniel James berjaya menewaskan Illan Meslier untuk gol ke-5 United.

Beliau terlihat seperti salah seorang peminat Manchester United yang begitu teruja meraikan gol tersebut dari sisi padang.

Bekas pemain Ajax itu juga memberikan ekspresi yang tidak ternilai ketika United berjaya menjaringkan gol dalam pertemuan bertemu Sheffield United Khamis lalu.

Peminat United begitu teruja melihat reaksi de Beek meraikan jaringan rakan sepasukannya walau beliau tidak bermain bersama.

Reaksi beliau yang mahal itu tular di media sosial dan para peminat memuji sikap positif yang ditunjukkan oleh bintang Netherlands itu.

“Dia sangat peduli dengan pasukan dan dia dia memang sentiasa ada sikap positif yang perlu dicontohi.”

“Mentaliti yang sangat diperlukan oleh pemain dalam kelab, kita beruntung miliki pemain seperti dia ”

“Dia seolah-olah pemain dari akademi United yang betul-betul sayangkan kelab ini dan meraikan jaringan dengan penuh kegembiraan seperti kita semua.”

Begitulah antara komen dari para peminat yang kagum dengan reaksi Van De Beek ketika meraikan jaringan rakan sepasukannya.

Kemenangan besar United menewaskan Leeds membawa mereka ke kedudukan ketiga dalam carta liga dengan mengumpul 26 mata.

United akan turun bertemu dengan pasukan yang berada di kedudukan kedua dalam carta liga, Leicester City pada Boxing day nanti.

blank

Mereka kini berada lima mata di belakang pendahulu saingan liga, Liverpool dan mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

United pada musim ini bermula dengan agak perlahan dan kini mereka merupakan salah satu pasukan yang menjadi pencabar kepada kejuaraan liga.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.