Reaksi Michu Melihat Haaland Meniru Keraian Beliau

Legenda ‘one season wonder’ premier league, Michu telah menyatakan bahawa menjadi satu kebanggaan apabila melihat Erling Haaland meraikan jaringan menggunakan keraian terkenal beliau.

Erling Haaland yang kini berusia 20 tahun merupakan salah seorang bintang muda terbaik dunia ketika ini selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Borussia Dortmund dan RB Salzburg.

Penyerang sensasi Dortmund itu juga merupakan peminat setia Michu dan sering menunjukkan rasa cinta dan hormatnya beliau kepada legenda Swansea itu di media sosial semasa zaman kanak-kanaknya.

Haaland menjadikannya lebih menarik dalam aksi ketika Norway membelasah Demolition of Northern Ireland 5-1 Isnin lalu dalam saingan Nations League.

Pemain kebangsaan Norway itu menjaringkan gol yang cantik dalam perlawanan tersebut dan meniru keraian yang sering dilakukan oleh Michu sebelum ini.

Haaland meniru gaya keraian Michu dengan berlari sambil meletakkan tangan disisi telinganya setelah menjaringkan gol untuk memberikan tribute kepada idola beliau.

Walaupun Michu sebenarnya tidak pasti sama ada Haaland melakukan keraian tersebut dengan alasan yang sama dengannya, namun beliau tetap berkongsi rasa kagum dan bangga dengan bintang muda Norwey itu.

“Saya melakukannya kerana ketika semua perkara dalam keadaan steady dan memberikan pendapat adalah percuma, maka sudah pastinya akan ada orang yang sentiasa mendukung kamu.”

Jelas legenda Sepanyol yang kini berusia 34 tahun itu kepada Radio Marca.

“Ketika kamu menjaringkan gol, semua orang yang sebelum ini mengkritik anda tidak akan didengarkan pada ketika itu.”

“Saya tidak pasti kalau Haaland melakukannya kerana itu, tetapi menjadi satu kebanggaan untuk saya apabila dia melakukan keraian itu. Bagi saya, dia merupakan penyerang terbaik di benua Eropah.”

Michu yang kini bertugas sebagai pegawai teknikal untuk Real Oviedo mendakwa bahawa Haaland mungkin akan menjadi pemain yang hebat dalam tempoh sedekad ini.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu juga percaya Haaland tidak akan beraksi di Dortmund untuk tempoh yang lama dan pastinya beliau akan didampingi oleh pasukan gergasi lain seperti Real Madrid, Manchester City atau Bayern Munich.

“Ketika saya di England dia masih sangat muda lagi dan dia baru saja mula mengenali sukan ini.”

“Saya mempunyai musim pertama yang sangat hebat bersama Swansea dan saya rasa dia ada menonton aksi saya dalam perlawanan ketika itu.”

“Bagi saya, menjadi satu kebanggaan untuk hal ini kerana saya fikir dia merupakan pemain yang akan mengungguli dunia sukan bola sepak dalam tempoh sedekad ini.”

“Dia mempunyai segalanya, dia masih muda, boleh menjaringkan gol, dia mahir menggunakan kedua-dua belah kakinya jadi saya fikir dia akan menjadi salah seorang penyerang terhandal di dunia.”

“Saya tidak pernah melihat bakat muda sehebatnya di pentas bola sepak Eropah, mungkin kalau ada Kylian Mbappe.”

“Tetapi dia masih terlalu muda, dia mempunyai tandukan yang baik dan kita semua akan saksikan satu hari nanti kita semua akan saksikan dia bermain bersama pasukan besar seperti Real Madrid, Manchester City atau Bayern Munich.”

Michu turut mendedahkan bahawa beliau dan Haaland selalu bersembang di sosial media dan beliau yakin bekas penyerang RB Salzburg itu akan mencabar kejuaraan anugerah Ballon d’or satu hari nanti.

“Kami banyak bersembang di sosial media.”

Jelas Michu.

“Saya banyak memberi nasihat kepada beliau dan menyokongnya dengan menggunakan pengalaman yang saya ada sebagai pemain.”

“Dia masih budak, masih banyak hal yang boleh beliau perbaiki dan sepertinya dia ada masa depan yang cerah. Jika dia teruskan kecemerlangannya dia pasti akan mendapat tempat dalam perebutan untuk mendapatkan kasut emas dan ballon d’or.”

“Dia seorang remaja yang rendah diri dan ada semuanya di depan beliau. Dia ada personaliti yang luar biasa untuk remaja seusianya.”

“Dia boleh mendengar nasihat. Dia memiliki segala ramuan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.”

“Dia memulakan langkah sungguh bijak dengan menyertai Borussia Dortmund. Dia akan terus berkembang di sana sebelum masuk ke peringkat lebih besar.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.