Perlawanan antara Khabib Nurmagomedov menentang Justin Gaethje di UFC 254 baru sahaja berakhir awal pagi tadi dengan The Eagle memenangi perlawanan tersebut dengan jurus kepitan beruang.
Khabib cemerlang menewaskan Gaethje dalam perlawanan untuk merebut sabuk kejuaraan Lightweight dunia UFC miliknya dan berjaya mengekalkan rekod bersih 29 kemenangan beliau tanpa kalah.
Sebaik tamat perlawanan, Khabib dilihat bersujud syukur atas kemenangannya dalam perlawanan tersebut dan beliau turut mendedikasikan kemenangan itu untuk arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan lalu.
29 men tried.
29 men failed.Khabib Nurmagomedov retires undefeated and unmatched 🐐#UFC254 pic.twitter.com/ezLdRb3K20
— UFC on BT Sport (@btsportufc) October 24, 2020
Khabib jelas tidak mampu menahan kesedihan kerana ini adalah perlawanan pertamanya tanpa kelibat ayahnya di sisi.
Khabib Nurmagomedov turut mengumumkan kepada semua bahawa perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir untuknya dengan menyatakan:
“Alhamdulillah tuhan memberikan saya segalanya. Terima kasih kepada mereka ini, mereka ini telah bersama saya dan ayah saya selama lebih 20 tahun. Terima kasih kepada semua team saya, pada hari ini saya mahu mengumumkan bahawa ini adalah pertarungan terakhir saya.”
“Dan tidak mungkin saya akan ke sini dengan tiada ayah saya, ianya merupakan pertama kali. Selepas apa yang berlaku ke atas ayah saya, dan ketika UFC menghubungi saya tentang Justin, saya bercakap dengan ibu saya pada hari itu, adakah saya patut berlawan tanpa ayah saya.”
“Saya juga berjanji kepada ibu saya bahawa itu adalah perlawanan terakhir saya, dan bila saya sudah melafazkannya saya harus penuhinya.”
Khabib Nurmagomedov announced his retirement after #UFC254, walking away with an undefeated record of 29-0. pic.twitter.com/8zeppj5rZc
— ESPN MMA (@espnmma) October 24, 2020
Berita mengejutkan itu diterima dengan sedih oleh para peminat dan tidak ketinggalan seteru utamanya dahulu, Conor Mcgregor turut memberi penghormatan kepada Khabib atas persaraannya dengan mengucapkan:
“Persembahan yang baik Khabib Nurmagomedov, saya akan meneruskannya, respect dan takziah untuk ayah kamu juga, kamu dan keluarga kamu. Yang ikhlas, Conor Mcgregor.”
Conor McGregor reacts to the news of Khabib Nurmagomedov's retirement. pic.twitter.com/SVftFI7rXR
— ESPN (@espn) October 24, 2020
Mcgregor merupakan seteru panas yang pernah bertarung dengan Khabib suatu ketika dahulu, dan beliau sebelum ini juga turut memberi kata-kata semangat kepada petarung dari Dagestan itu ketika ayahnya masih sakit.
Kini ketika Khabib mengumumkan persaraannya, Mcgregor sekali lagi memberi penghormatan kepada Khabib dan memberikan kata-kata semangat untuk mereka sekeluarga.
Conor Mcgregor telah membuktikan bahawasanya musuh dalam gelanggang tidak bererti di luar gelanggang juga sama, tahniah atas semangat kesukanan yang ditunjukkan olehnya.
Sahabat karib Khabib Nurmagomedov yang turut menganggapnya saudara, Cristiano Ronaldo turut mengucapkan tahniah kepada beliau atas kemenangannya dalam perlawanan tadi.
“Tahniah kawan, ayah kamu pasti berbangga dengan kamu.”
Tulis Ronaldo di story Instagram miliknya.
Khabib juga turut mengucapkan terima kasih kepada Justin dan memberi kata-kata semangat kepada lawannya itu.
“Terima kasih Justin, saya masih ingat pada tahun 2016 kamu banyak membantu saya. Saya tahu kamu orang yang hebat, saya tahu macam mana kau layan orang sekeliling kamu, saya tahu banyak perkara tentang kamu.”
“Rapatlah dengan kedua orang tua kamu, kerana satu hari pasti akan berlaku sesuatu, kita tidak akan tahu apa akan berlaku esok, kita tidak akan tahu, terima kasih semua.”
Khabib Nurmagomedov to Justin Gaethje in his post fight interview: "Be close with your parents. You never know what will happen tomorrow." 😢 #UFC254 pic.twitter.com/Xv88AAQdGJ
— Chamatkar Sandhu (@SandhuMMA) October 24, 2020
Dalam masa sama, Dana White turut kagum dengan persembahan Khabib dan beliau turut mendedahkan bahawa petarung dari Dagestan itu sebenarnya berada di hospital ketika beliau hubungi untuk mengatur perlawanan ini.
“Kita semua beruntung dapat melihat dia bertarung pada malam ini, saya juga sudah mendengar khabar yang saya tidak tahu sebelum ini dan kamu semua sudah dengar tadi, sebenarnya dia sebelum ini berada di Hospital dan kakinya patah, ianya kira-kira dua atau tiga minggu yang lalu.”
Mungkin kerana itulah Khabib dilihat sedikit lemah dalam perlawanan ini ketika Justin Gaethje menendang kakinya, namun beliau tetap meneruskan perlawanan dan berjaya memenangi perlawanan ini.
Dana White solidifies @TeamKhabib in the goat discussion after hearing about his broken foot coming into this fight.
[ #UFC254 | #InAbuDhabi | @VisitAbuDhabi ] pic.twitter.com/RYcBH0CrUv
— UFC (@ufc) October 24, 2020
Khabib bersara dengan rekod 29 kemenangan tanpa kekalahan dan ianya adalah cara paling terhormat untuk seorang petarung handalan sepertinya bersara dengan rekod yang cukup sempurna.
Nama Khabib Nurmagomedov sudah tentu akan terus dikenang sebagai seorang petarung terhandal dan terhebat dalam sejarah UFC.