Edinson Cavani sedikit terlewat untuk masuk ke padang pada babak kedua permainan di St Mary’s semalam kerana beliau telah terlupa untuk menyarung bootsnya.
Selepas tamat rehat separuh masa, pemain kebangsaan Uruguay itu telah dimasukkan oleh Ole Gunnar Solskjaer bagi menggantikan Mason Greenwood.
Namun, beliau sepertinya masih belum bersedia sepenuhnya untuk dimasukkan sehingga terlupa yang beliau ketika itu sedang memakai kasut dan bukannya boots.
🗣"How the guy is not prepared to go on, it is mind-boggling" 🤣
Roy Keane is still critical of Edinson Cavani not getting his boots ready at half-time before he came on for Manchester United pic.twitter.com/J0xE9JwbLz
— Football Daily (@footballdaily) November 29, 2020
Ketika perlawanan sedang berlangsung selepas sepak mula dilakukan, Cavani dilihat masih gigih mengikat tali bootsnya yang ketika itu baru sahaja diserahkan kepadanya.
Beliau berada di garisan tepi dan Manchester United beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh waktu seketika sebelum Cavani masuk ke padang.
Dan walaupun beliau mengambil masa yang lama untuk masuk ke padang, Cavani muncul sebagai wira dalam membantu kemenangan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.
Bekas penyerang Paris Saint Germain dan Napoli itu menjaringkan dua gol melalui tandukan termasuk satu gol diminit akhir perlawanan untuk memastikan kemenangan 3-2 menewaskan Southampton.
United terlebih dahulu ketinggalan 2-0 pada babak pertama permainan, dan kemasukkan Cavani memberi nafas baru serta membantu dalam kebangkitan mereka dalam perlawanan ini.
How it started How it’s going pic.twitter.com/u5kHQcIKNT
— JP. (@JamesProctor94) November 29, 2020
Cavani dibantu oleh Bruno Fernandes mengubah permainan dalam membantu United untuk merekodkan kemenangan ke-8 mereka di tempat lawan secara berturut-turut.
Walau bagaimanapun, Roy Keane sama sekali tidak boleh melupakan aksi Cavani terlupa memakai boots ketika awal-awal sebelum beliau masuk padang.
“Dia lambat untuk masuk ke padang, sebabkan boots dia.”
Jelas Keane dari studio Sky Sports.
“Dia menjaringkan gol tanpa bersedia dan dalam fikiran yg bingung, pada akhirnya dia tidak memerlukan bootsnya untuk menjaringkan gol. Dia berjaya menjaringkan dua gol dengan tandukan.”
Roy Keane found Edinson Cavani incident before brace vs Southampton ‘mind-boggling’ #MUFC https://t.co/v6QNQbhJRk
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) November 29, 2020
“Dia bawa impak yang sangat bagus ketika dia dibawa masuk, dengan kualiti, keinginan dan keupayaan yang beliau miliki.”
“Orang meragui dia, tapi dia mungkin bakal menjadi salah seorang penandatanganan terbesar. Ianya nampak seperti sedikit perjudian untuk membawanya ke sini, tetapi pada hari ini ianya nampak seperti mereka berhasil.”
🗣"How the guy is not prepared to go on, it is mind-boggling" 🤣
Roy Keane is still critical of Edinson Cavani not getting his boots ready at half-time before he came on for Manchester United pic.twitter.com/J0xE9JwbLz
— Football Daily (@footballdaily) November 29, 2020
Cavani kini merupakan penjaring kedua terbanyak untuk setan merah dalam saingan liga musim ini dengan menjaringkan tiga gol dari 129 minit permainannya.