Reaksi Giggs Selepas Dirinya Dinilai £2bn Oleh Roy Keane

Ryan Giggs bergurau dengan mencadangkan agar Roy Keane harus bercakap perkara-perkara yang lebih masuk akal selepas bekas rakan sepasukannya itu menilai beliau dengan nilai £2bn.

Keane yang kini sudah berusia 49 tahun telah ditanya berapa nilai yang beliau fikirkan paling wajar untuk diletakkan pada beberapa pemain legenda seperti Ruud Van Nistelrooy, David Beckham dan Giggs untuk pasaran pemain sekarang.

Bekas ketua pasukan setan merah itu dengan tanpa rasa ragu telah meletakkan nilai yang begitu tinggi untuk kesemua bekas rakan sepasukannya itu.

Ryan Giggs, seorang pemain yang boleh dikatakan sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah premier league telah dinilai dengan nilai £2bn oleh Keane.

Ketika Giggs pula ditanya tentang penilaian yang dilakukan oleh Keane, beliau hanya ketawa dan berasa lucu dengan penilaian yang dilakukan oleh bekas rakan sepasukannya itu.

Walau bagaimanapun, legenda berusia 46 tahun itu menyatakan bahawa beliau faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Keane menerusi penilaian itu.

“Dia selalu cakap benda-benda yang tak masuk akan.”

Jelas Giggs.

“Saya sendiri tidak tahu tentang £2bn, tapi saya fikir apa yang Roy cuba sampaikan adalah sekarang kalau kita lihat nilai pasaran untuk pemain yang biasa pon sudah mencapai nilai yang sangat tinggi.”

“Kamu lihat balik beberapa pemain yang pernah kami beraksi bersama. Maksud saya, berapa agaknya nilai mereka sekarang?”

“Ruud Van Nistelrooy, dia merupakan seorang penjaring gol yang sungguh luar biasa. Berapa agaknya nilai untuk dia sekarang? Yang mana pemain seperti dia pasti menjanjikan jaringan gol yang banyak setiap musim.”

“Jadi saya rasa itu lah apa yang cuba disampaikan oleh Roy dan saya setuju dengan dia sebab pasaran pemain sekarang sudah mulai mengarut.”

“Dan ia sepertinya tidak akan berhenti, ia kelihatan seperti akan terus naik lagi.”

Giggs kemudian diberi soalan yang sama seperti bekas rakan sepasukannya itu, dan beliau diminta untuk menilaikan berapa nilai paling sesuai untuk diletakkan pada Keane mengikut nilai pasaran sekarang.

“Pemain seperti N’Golo Kante sangat hebat tetapi Roy’s merupakan pemain yang lebih hebat dari Kante.”

Jawab Ryan Giggs.

“Kamu tidak mampu membelinya(Keane). Kamu tengok saja pada semua pemain dalam liga sekarang. Siapa sama macam dia?”

“N’Golo Kante jelas seorang pemain yang sungguh hebat tetapi dia masih tidak boleh digandingkan dengan Roy’s.”

Jelas Giggs lagi.

“Kamu tahu dia mampu untuk melakukan apa saja ketika dia bersama United, ketika beliau menandatangani perjanjian dari Nottingham Forest, dia merupakan pemain attacking midfielder, masuk sebagai pemain yang bermain box to box dan berada di belakang pemain penyerang.”

“Beliau juga hebat dalam menjadi penjaring gol dan kemudian beliau berfungsi sebagai pemain midfield yang mengawal tempo serta menjadi gandingan terbaik Scholes. Gandingan midfield terbaik sepanjang zaman.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.