Reaksi Fred Dan Telles Selepas Dimaki Oleh Fernandes Sungguh Priceless

Bintang Manchester United, Bruno Fernandes dilihat telah memarahi rakan sepasukannya, Alex Telles dan Fred yang sedang bergurau senda ketika menjalani sesi latihan.

Reaksi kedua-dua bintang United itu selepas dimaki oleh Fernandes sangat priceless dan ia mulai tular di media sosial ketika ini.

Insiden tersebut berlaku ketika skuad setan merah sedang menjalani latihan akhir menjelang aksi perlawanan akhir Europa League bertemu Villarreal awal pagi nanti.

Rakaman langsung aksi pemain menjalani sesi latihan di Polsat Plus Arena di Gdansk, Poland telah disiarkan secara langsung untuk ditonton oleh para peminat.

Pemain seperti Amad Diallo dan Donny Van De Beek menunjukkan sikap yang sangat bagus ketika sesi latihan tersebut dijalankan.

Para pemain dilihat sangat bersemangat menjalani latihan dalam usaha mereka untuk memenangi kejuaraan pertama dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Para pemain telah menunjukkan semangat yang sungguh luar biasa, namun telah berlaku satu insiden yang menyebabkan Bruno Fernandes perlu bertindak lebih tegas untuk memastikan semua pemain perlu beri tumpuan untuk mengejar matlamat mereka.

Pemain midfield Portugal itu melihat Fred dan Telles sedang bergurau senda dengan melakukan aksi seperti latihan martial arts Brazil di belakangnya.

Beliau dengan segera terus memberi teguran kepada kedua-dua bintang Brazil itu supaya berhenti buat perangai seperti budak-budak dan jangan bermain-main ketika menjalani sesi latihan.

Selepas dimarahi, kedua-dua mereka dengan segera melihat kepada Fernandes dan terus membuat reaksi serius untuk meneruskan latihan.

Reaksi yang sungguh priceless ditunjukkan oleh kedua-dua bintang Brazil itu, ia seolah-olah seperti seorang kanak-kanak yang menangis mintak gula-gula dan terdiam sebaik ditenung oleh ibu bapa mereka.

Reaksi kedua-dua Fred dan Telles telah mencuri tumpuan para peminat yang menganggap insiden tersebut sebenarnya menghasilkan sesuatu yang sangat lucu.

Laporan mengenai sikap yang ditunjukkan oleh Fernandes dalam tempoh setahun ini menunjukkan tentang bagaimana hebatnya ‘winning mentality” yang beliau bawa ke dalam skuad setan merah.

Beliau jelas merupakan pemain yang Manchester United perlukan dalam usaha mereka untuk memenangi sebarang kejuaraan dalam semua pertandingan yang disertai.

Sebaik tiba di Carrington pada hari beliau menandatangani perjanjian, Fernandes telah menjalani ujian kesihatan, menandatangani kontrak dan kemudian terlibat dengan sesi bergambar.

Selepas selesai semua hal tersebut, perkara pertama yang diminta oleh Fernandes pada ketika itu adalah, beliau meminta izin kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk terus menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

Apa yang menariknya, beliau sepatutnya boleh terus pulang meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya selepas selesai sesi bergambar itu, namun Fernandes memilih untuk beri tumpuan kepada sesi latihan terlebih dahulu.

Fernandes kemudiannya kerap kali menunjukkan bagaimana beliau mementingkan kemenangan untuk skuad setan merah.

Bertengkar dengan pengurus lawan, selisih faham dengan Ole, memarahi rakan sepasukannya, semua itu dilakukan oleh Fernandes yang untuk memastikan Manchester United mencatatkan kemenangan.

Impak yang beliau bawa bersama skuad setan merah sememangnya satu hal yang sungguh menakjubkan, Fernandes jelas membawa United di atas bahunya untuk berada di mana mereka berada pada ketika ini.

Selepas segala yang telah beliau tunjukkan, Fernandes berhak untuk setidaknya menjulang satu Piala bersama Manchester United.

Mungkinkah Europa League bakal menjadi Piala pertama Fernandes bersama Manchester United? Sama-sama kita nantikan aksi perlawanan akhir awal pagi esok.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.