Neal Maupay mencuri tumpuan ramai selepas berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dengan sungguh bergaya.
Bintang Perancis itu membuka tirai jaringan hasil dari sepakan penalti dengan teknik panenka yang sungguh mengagumkan.
Brighton dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-40 selepas Tariq Lamptey dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Bruno Fernandes.
Kicking the ball at a celebrating player is one way of getting some frustration out https://t.co/iICxzf0fo4
— CaughtOffside (@caughtoffside) September 26, 2020
Neal Maupay diberi tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti itu dan beliau menyempurnakannya dengan cukup sempurna.
Dengan tenang beliau menjaringkan gol menggunakan teknik panenka lalu meninggalkan De Gea kebingungan dengan keadaan ketika itu.
De Gea jelas tidak berpuas hati dipermalukan begitu oleh Maupay dan Steve McManaman mengulas reaksi yang ditunjukkan oleh penjaga gol Sepanyol itu.
Bercakap dalam kepada BT Sport, Steve McManaman menyatakan:
“Tetapi ketika bola itu menerjah jaring, David De Gea menendang bola itu ke arah Maupay. Dia tidak menendang dengan kuat tetapi kamu boleh lihat ketidak puas hatian yang di tunjukkan oleh penjaga gol itu. Tetapi penalti itu sungguh hebat.”
Maupay sent De Gea back to Spain
pic.twitter.com/jxw7kqgYTf— Ahmed Campo (@ahmedcampooii) September 26, 2020
Maupay got no respect for De Gea pic.twitter.com/YeXGCir35V
— Ali 🇬🇭 (@TheBeardedRauI) September 26, 2020
Tiada rakaman yang disiarkan di TV tentang kejadian itu, namun jelas kelihatan selepas bola menerja jaring, De Gea yang kebingungan terus menendang bola ke arah Maupay.
De Gea jelas terganggu selepas bolos dengan jaringan panenka dari Maupay itu dan beliau meluahkan kekecewaannya dengan menendang bola ke arah pemain Brighton itu.
Maupay turut meraikan jaringan itu dengan gaya bayi menangis, namun karma untuknya apabila beliau benar-benar menangis ketika setan merah peroleh penalti selepas wisel penamat dibunyikan.
Manchester United mengikat kedudukan 1-1 selepas Lewis Dunk menjaringkan gol sendiri pada minit ke-43 perlawanan.
Marcus Rashford kemudiannya menjaringkan gol yang cantik dengan mengayam-ayamkan barisan pertahanan Brighton pada minit ke-55 untuk setan merah mendahului perlawanan 2-1.
Manchester United’s 10,000th goal in all competitions scored in style by Marcus Rashford 🔥 pic.twitter.com/GetRouM4bU
— United Zone Clips (@utdclip) September 27, 2020
Solly March menjaringkan gol penyamaan untuk Brighton pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat setan merah 2-2.
Selepas pengadil meniup wisel penamat dan pemain pasukan Brighton berasa lega dengan keputusan seri, para pemain Manchester United meluru ke arah pengadil untuk meminta tendangan penalti.
Para pemain setan merah mendakwa bola telah terkena tangan Maupay terlebih dahulu sebelum wisel penamat dibunyikan.
Pengadil perlawanan, Chris Kavanagh kemudian melihat rakaman semula lalu menghadiahkan sepakan penalti kepada setan merah.
Para pemain Brighton membantah keputusan tersebut kerana merasakan perlawanan sepatutnya sudah tamat selepas wisel dibunyikan dan tidak sepatutnya ada bantahan lagi selepas dari itu.
Namun keputusan pengadil adalah muktamad dan Manchester United berjaya mendapatkan tendangan penalti dan pakar sepakan penalti, Bruno Fernandes mudah menjaringkan gol kemenangan untuk setan merah.
Never ever ever flex against Manchester United…even at full time 🤫😊
#Karma pic.twitter.com/3tEd25CjD1— Vaishnavi (@vaish_mufc) September 26, 2020
Bukan hanya dari kem Brighton sahaja yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil itu, malah kebanyakkan peminat juga mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan itu.
Wisel penamat kali kedua dan terakhir dibunyikan oleh pengadil dan Manchester United menamatkan perlawanan yang penuh dramatik itu dengan keputusan 3-2.