Reaksi Conor Coady Ketika Dikaitkan Dengan Kepulangan Ke Liverpool

Conor Coady tidak mampu untuk menahan dari ketawa yang terbahak-bahak selepas Jamie Carragher memberitahunya bahawa Jurgen Klopp sedang mempertimbangkan untuk menandatanganinya.

Jamie Carragher mendakwa bahawa Klopp dalam langkah untuk menandatangani Coady sebagai pengganti Virgil Van Dijk yang kini sedang mengalami kecederaan.

Coady merupakan peminat setia Liverpool dan juga lahir dari akademi kelab telah diusik oleh Carragher selepas tamat perlawanan Wolves menentang Leeds United awal pagi tadi.

Pengulas The Sky Sports itu bergurau dengan menyatakan bahawa Klopp sedang memerhatikan pemain kebangsaan England itu sebagai pengganti kepada Van Dijk.

Virgil Van Dijk terpaksa direhatkan selama hampir tujuh ke lapan bulan selepas mengalami kecederaan ACL yang menimpanya ketika perlawanan merseyside derby kemarin.

Bercakap dari Studio, Carragher memberitahu Coady bahawa:

“Kamu tidak sedar tetapi Jurgen Klopp malam ini sudah selesai menjalani sidang media untuk liga Juara-juara menjelang pertemuan menentang Ajax.”

“Dia sebenarnya menyebut nama kamu dan dua lagi pemain lain yang dia fikir mungkin layak untuk menjadi pengganti untuk Virgil Van Dijk, adakah itu akan membuatkan anda mempertimbangkannya?”

Coady dengan bijaknya menepis dakwaan tersebut dengan menyatakan:

“Saya tidak percaya kamu baru saja meletakkan saya dalam situasi itu di sini, tidak!”

“Saya tidak boleh percaya. Tidak sama sekali, saya sangat gembira setiap kali dapat beraksi bersama kelab saya sekarang.”

“Kami baru sahaja menewaskan Leeds dalam satu perlawanan yang cukup mengagumkan.”

Carragher kemudian menambah lagi.

“Kamu pasti berbangga kan? Dengan Klopp bercakap seperti itu?”

Coady kemudian membalas:

“Dengar sini, kamu tahu saya seperti apa kan kawan!”

Pengacara Monday Night Football, Dave Jones turut mencelah dengan menyatakan:

“Conor, jangan percaya apa pon yang dia kata. Jangan terjebak dengan itu, percayalah!”

Coady yang kini berusia 27 tahun telah beraksi bersama Wolves sejak dari 2015 dan beliau telah menikmati karier yang cukup cemerlang di sana.

Beliau turut berjaya membantu kelabnya untuk naik ke pentas premier league dari Championship pada tahun 2018 dan telah menjadi benteng terakhir untuk kelab dengan sangat cemerlang.

Bekas pemain Liverpool itu juga baru sahaja membuat debut antarabangsanya bersama skuad kebangsaan England dan berjaya menjaringkan gol sulungnya ketika bertemu Wales.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.