Reaksi Bersahaja Mourinho Dengan Amukan Alli

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho telah menunjukkan reaksi yang bersahaja dan tidak berperasaan selepas ditanya wartawan mengenai amukan Dele Alli.

Dele Alli telah menunjukkan ketidak puasan hati dan tanda amarah beliau selepas dikeluarkan oleh Mourinho dalam perlawanan menentang RB Leipzig.

Mourinho meanggap tindakan Alli itu bukan kerana marahkan beliau tetapi Alli marah dengan diri sendiri kerana beraksi buruk sepanjang di padang.

“Aku rasa Dele Alli marah dengan prestasi yang dipamerkan beliau.”

“Aku fikir Alli tahu kenapa beliau dikeluarkan dan selepas Alli keluar kami bermain lebih baik.”

Realitinya adalah benar seperti dikatakan Mourinho, apabila Spurs bermain lebih baik selepas Alli dikeluarkan kerana Mourinho juga pernah membaling botol air.

Apa dilakukan Alli sangat biasa kerana Mourinho telah membaling botol tetapi sekawan botol ke padang.

Maka patutlah sungguh bersahaja melihat perangai Alli. Belum setaraf.

Pada minit ke-64, Dele Alli telah dikeluarkan dan digantikan dengan Erik Lamela yang baru saja sembuh daripada kecederaan.

Lebih menarik selepas kembali pulih, Lamela belum sempat menyertai sesi latihan namun telah diturunkan kerana masalah kecederaan pemain Spurs.

Alli sudah mengetap bibir dan mengenggam penumbuk apabila menyedari nombor jersi beliau tertera untuk dikeluarkan.

Ketika mahu duduk di bangku simpanan, Alli tidak mampu lagi memendam perasaan lalu sekali lagi botol air menjadi mangsa pemain dan pengurus Premier League.

Alli kerasukan tanpa memikirkan isu menjaga akhlak telah melemparkan botol ke tanah.

Tottenham Hotspur yang merupakan naib juara Champions League musmi lalu tewas kepada RB Leipzig dan bakal berdepan laluan sukar pada perlawan kedua di Jerman.

Gol sepakan penalti Timo Werner membolehkan Leipzig membawa satu bekalan gol tempat lawan dan Spurs bermasalah untuk memecahkan benteng pertahan Leipzig dalam perlawanan ini.

Kehilangan Harry Kane ditambah pula dengan kecederaan terkini Son Heung-Min nyata membuatkan jentera serangan Spurs rongak lalu kurang menggigit.

Mourinho akui bahawa kecederaan telah menjadikan Spurs lemah dan tetap percaya akan mampu menewaskan Leipzig.

Apa yang dibimbangkan oleh Mourinho adalah pemain yang masih cergas kini akan mengalami keletihan.

“Apa yang membimbangkan aku adalah pemain aku mampu bertahan berapa lama untuk perlawanan seterusnya.”

“Kami terpaksa bermain dalam tempoh dua hari(lawan sabtu ini Chelsea).”

“Kau boleh lihat Lucas Moura betul-betul mati, Steven Bergwijn, betul-betul mati, Giovani Lo Celso, mati.’

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.