Cristiano Ronaldo kini memegang rekod sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk kelab dan negara.
Pemenang lima kali gelaran ballon d’or itu berjaya melepasi rekod 757 gol milik legenda Pele beberapa minggu yang lalu, dan menyamai rekod milik Josef Bican ketika bertemu Sassuolo pada minggu lalu.
Kini Cristiano Ronaldo sudah berjaya memecahkan rekod milik legenda Austrian-Czech, Josef Bican yang menjaringkan 759 gol pada tahun 1931 hingga 1955.
760 GOALS 👑
CRISTIANO RONALDO BECOMES THE GREATEST GOALSCORER IN FOOTBALL HISTORY 🐐 pic.twitter.com/GOyUFTWA3n
— B/R Football (@brfootball) January 20, 2021
Penyerang handalan Juventus itu berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk the old lady’s ketika aksi pertemuan bertemu Napoli dalam Supercoppa Italiana awal pagi tadi.
Jaringan beliau ketika membantu Juventus menewaskan Napoli 2-0 itu menjadikan Ronaldo kini pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan menjaringkan 760 gol sepanjang kariernya setakat ini.
Pemain berusia 35 tahun itu berjaya memecahkan rekod tersebut selepas terlibat dalam 1040 penampilan bersama beberapa pasukan.
Beliau telah berjaya menjaringkan 450 gol bersama Real Madrid, 118 gol bersama Manchester United, 102 gol untuk skuad kebangsaan Portugal, 85 gol untuk Juventus dan lima gol lagi bersama Sporting CP.
⚽️ 5 goals for Sporting
⚽️ 118 goals for Man United
⚽️ 450 goals for Real Madrid
⚽️ 85 goals for Juventus
⚽️ 102 goals for PortugalCristiano Ronaldo has netted 760 goals in his career, the most by any player in history! How many will he score before he hangs up his boots? pic.twitter.com/bdElKDfI0m
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) January 20, 2021
Namun, telah berlaku satu insiden ketika Ronaldo berjaya memecahkan rekod milik legenda Brazil itu, Pele dilaporkan dengan tiba-tiba mengubah biodata beliau dengan mendakwa dirinya masih kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan menjaringkan 1,283 gol.
Walau bagaimanapun, tidak lama selepas itu, pemenang tiga kali kejuaraan Piala Dunia itu mendedahkan bahawa beliau tidak mengubah biodatanya dan mengakui Cristiano Ronaldo sudah melepasi rekod catatan miliknya.
Berikut merupakan senarai 10 penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak dunia yang kini diketuai oleh bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo.
HISTORY!
Cristiano Ronaldo (760) has now scored more official goals than anyone else in football history.
2002-03 | 005 | Sporting Lisbon
2003-20 | 102 | Portugal
2003-09 | 118 | Manchester United
2009-18 | 450 | Real Madrid
2018-21 | 085 | Juventus pic.twitter.com/OHEvf2BK4g— UtdArena (@utdarena) January 20, 2021
10 Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman:
10. Arthur Friedenreich – 554 gol
9. Ferenc Deak – 558 gol
8. Eusebio – 615 gol
7. Lionel Messi – 619 gol
6. Ferenc Puskas – 706 gol
5. Gerd Muller – 720 gol
Cristiano Ronaldo is now the highest scorer of all time!
But not everyone will be in agreement…
— BBC Sport (@BBCSport) January 20, 2021
4. Romario – 734 gol
3. Pele – 757 gol
2. Josef Bican – 759 gol
1. Cristiano Ronaldo – 760 gol