Manchester United akan berhadapan Paris Saint-Germain (PSG) sekali lagi di pertandingan UEFA Champions League pada musim ini.
Kedua-dua pasukan diundi bersama di dalam Kumpula H bersama-sama RB Leipzig dan Istanbul Basaksehir, setelah kedua-duanya pernah bertemu di pusingan 16 pasukan terbaik pada musim 2018/19.
United pada ketika itu cemerlang di bawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer. Bagaimana pun mereka tewas 2-0 terlebih dahulu di pusingan perama perlawanan di Old Trafford.
Tidak ada siapa pun yang memberikan harapan kepada United yang terpaksa berkunjung ke Parc des Princes, namun gol awal dari Romelu Lukaku mulai menerbitkan sedikit cahaya harapan.
The official result of the #UCLdraw! 🤩
Most exciting group stage match? 🤔 pic.twitter.com/d7ynuEjPq3
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) October 1, 2020
Harapan itu kemudiannya mulai malap selepas Juan Bernat menjaringkan satu gol untuk PSG 10 minit selepas itu, namun Lukaku kemudiannya sekali lagi menjaringkan go untuk Man United selepas setengah jam perlawanan berlangsung.
Tidak ada sebarang gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan selepas itu sehinggalah minit akhir masa kecederaan, Man United dianugerakan pengadil dengan sepakan penalti yang dianggap kontroversi.
Kemudian Marcus Rashford tampil dengan yakinnya untuk memastikan bola menggegar jaring untuk gol yang memastikan United mara ke pusingan seterusnya.
Kejayaan menewaskan PSG itu dianggap sebagai momen magis pertama sejak era Sir Alex Ferguson.
Breathe.
Man Utd progress to the #UCL final eight on away goals after a 3-1 win over PSG in Paris.
Marcus Rashford scored a penalty, awarded after consultation with VAR, in the 94th minute.
PSG 1-3 Man Utd (3-3 on aggregate)#PSGMUN #UCL #OptusSport pic.twitter.com/evhZEUVAdg
— Optus Sport (@OptusSport) March 6, 2019
Selepas Man United diundi sekali lagi bertemu PSG di peringkat kumpulan pada malam tadi, Rashfor – yang merupakan hero pada malam Mac 2019 itu – memuat naik satu ciapan mengenang bekas rakan sepasukan, Lukaku.
“Izinkan saya menceritakan satu kisah mengenai @RomeluLukaku9,” ujar Rashford dalam permulaan perkongsian tersebut.
“Kami beraksi menentang PSG di perlawanan timbal balik Champions League, dengan harapan tipis untuk mara. Ketinggalan 2-0 secara agregat, Rom [Romelu Lukaku] skor.
“Selepas 30 minit perlawanan, Rom skor [sekali lagi]. Kami memerlukan satu lagi gol untuk layak dan mara. Minit ke-94 – penalti…
Rom steps up picks up the ball and hands it to me.
He knew this was my moment.
He knew it would be me that got all news coverage for scoring that penalty and he was ok with that, ignoring the fact that he was the most instrumental part of that win.
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) October 1, 2020
“Rom kemudian tampil, mengambil bola dan menyerahkannya kepada saya. Dia tau itu adalah momen untuk saya menyinar.
“Dia juga tahu hakikat ianya saya yang akan diberikan liputan di berita kerana menjaringkan penalti kemenangan, dan dia tidak kisah pun mengenai itu.
“Malah dia mengabaikan hakikat bahawa sumbangannya yang paling instrumental untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan ini.
Rom steps up picks up the ball and hands it to me.
He knew this was my moment.
He knew it would be me that got all news coverage for scoring that penalty and he was ok with that, ignoring the fact that he was the most instrumental part of that win.
— Marcus Rashford (@MarcusRashford) October 1, 2020
“Semua ini cukup untuk anda mengenai @RomeluLukaku9. Tidak pentingkan diri sendiri, seorang pemain yang bermain secara berpasukan…. dan tidak pernah gentar dilihat malap untuk meletakkan cahaya kepada orang lain untuk bersinar.
“Itulah saudara ku dan saya amat menghargai dia.”
“That tells you all you need to know about @RomeluLukaku9. Selfless, a team player… Never afraid to dim his light for others to shine. That’s my brother and I appreciate him.”
My brother for life! What a great moment brother one of the best nights in my career! Like we said before the game we were going to qualify the team! My partner 💯🙏🏿. https://t.co/sZtqpF4JSL
— R.Lukaku Bolingoli9 (@RomeluLukaku9) October 1, 2020
Ia adalah satu mesej yang menyentuh hati dari Rashford.Lukaku kemudiannya membalas ciapan tersebut.
“Saudaraku buat selamanya!” kata penyerang Inter Milan itu.
“Ia adalah momen yang sangat indah dan antara yang terbaik dalam karier saya! Seperti yang kita janjikan antara satu sama lain sebelum perlawanan, kita akan memastikan pasukam itu mara!”
Kedua-dua pemain pasti akan mengenang perlawanan tersebut sepanjang karier mereka.