Rashford Tenang Jawab Dakwaan Klopp, Turut Dedah Jurulatih Penalti Man Utd

Perbualan ringkas Marcus Rashford dan bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho suatu ketika dahulu adalah salah satu sebab mengapa Manchester United kini memperolehi banyak sepakan penalti.

Perkara itu didedahkan oleh Rashford kepada Football Writers’ dalam satu temubual berikutan komen pengurus Liverpool, Jurgen Klopp baru-baru ini yang mendakwa Manchester United memperolehi jumlah sepakan penalti yang lebih banyak dalam tempoh dua tahun di bawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer berbanding tempoh keseluruhan lima tahun beliau bersama Liverpool.

Mengenai tuduhan Klopp itu yang baru-baru ini diselar oleh bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg sebagai hipokrit, ini jawapan tenang oleh Rashford:

“Sebagai pemain penyerang, sudah tentu tujuannya ialah untuk menjaringkan gol. Apabila anda sedang melarikan bola ke depan, atau menggelecek dan tiba-tiba ada terjahan, anda pasti tidak mahu menunggu untuk diterjah kerana pada masa yang sama anda sedang melihat peluang untuk menjaringkan gol.

“Tiada [penyerang] yang mahu melihat bola dirampas daripada kawalan mereka. Jadi pada saya ia adalah mengenai kami yang mahu memburu gol, dan pasukan yang bertahan dari elak dibolosi – dan semua orang tahu dalam keadaan ini, penalti boleh berlaku.”

Mengenai jumlah penalti yang meningkat mendadak oleh Manchester United sejak dua musim ini dan siapakah jurulatih yang bertanggungjawab untuk jumlah penalti tersebut, ini pula penjelasan oleh penyerang England itu:

“Ada juga masanya kami tidak dinafikan sepakan penalti. Dan saya masih ingat teguran oleh Jose [Mourinho] ketika masih bergelar pengurus kami. Ada lima atau enam kali di mana saya patut diberikan penalti.

“Kemudian Jose berkata kepada saya, ‘jika anda tidak tahu menilai situasi dan memberikan reaksi, sampai bila-bila pun anda tidak akan mendapatkannya.’

“Selepas itu kami mulai mendapat beberapa penalti. Ia adalah sebahagian daripada proses pembangunan sebagai pemain yang anda harus faham.”

 

 

.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.