Rashford Laung Amaran & Dedahkan Ramuan United Kembali Ke UCL Tahun Hadapan

Marcus Rashford melaungkan amaran kepada para pencabar Man United bahawa pasukan mereka akan menamatkan saingan di 4 teratas dan mara ke UCL pada musim hadapan.

Rashford juga mengingatkan bahawa Old Trafford ibarat ‘neraka’ untuk dilawati oleh pasukan lawan. Dan mereka akan memastikan ianya akan kekal begitu.

Rashford menambah, Manchester United masih dalam landasan untuk mengejar slot ke UCL sekali lagi, selepas gagal mara pada musim ini.

Dalam sidang media sebelum aksi menentang Partizan, Marcus Rashford membidas pihak yang tidak yakin Man United akan menamatkan saingan di kelompok 4 teratas.

Rashford menganggap misi untuk berada di 4 teratas langsung tak mustahil untuk mereka. Rashford juga menganggap Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus terbaik untuk membimbing United dalam mencapainya.

Man United tidak bermula baik pada musim ini. Hanya 3 kemenangan daripada 11 perlawanan. Mereka di tangga ke-10 dengan 13 mata di belakang Leciester dan Chelsea yang kini berada di tangga ke-3 dan ke-4.

“Ianya akan menjadi pertarungan sukar untuk bersaing tempat 4 teratas. Namun ianya jauh sekali daripada misi mustahil.”

Rashford kemudian mendedahkan, Man United ada ramuan tersendiri untuk menamatkan kempen di 4 teratas iaitu dengan fokus kepada mereka sepenuhnya dan bermain dengan cara mereka.

“Kami tak perlu fokus kepada pasukan lain. Kami perlu bermain bola sepak terbaik dengan cara kami dan kami perlu kembali melakukannya. Kami perlu sentiasa meningkatkan prestasi kami.”

“Ianya boleh menjadi sangat mudah (jika kami kembali ke prestasi sebenar), dan pada masa yang sama, kamu tak mahu meletakkan diri kamu dalam situasi rumit.”

“Perkara paling penting adalah bangkit semula. Saya sentiasa memikirkan perlawanan di Old Trafford. Jika kamu bertenaga di atas padang, kamu menghidupkan gerakan dan kamu akan lebih banyak menang berbanding dengan gagal menang di tempat sendiri.”

“Old Trafford merupakan tempat yang istimewa dan penyokong ada di belakang kami. Ia tempat yang sukar untuk mana-mana pasukan lawan datang berakasi di sini.”

“Dengan tempo permainan kami, apabila kami berada pada prestasi terbaik, kamu akan sukar untuk menghentikan kami. Dan kami akan gunakan template itu dan kami harus mulai kembali bangkit melakukannya kembali.”

“I cuma melihat ada beberapa perlawanan kami bermain dengan baik dan ada beberapa lagi sebaliknya.”

“Kamu harus pastikan kamu lebih kosnsiten dalam perlawanan untuk memastikan semuanya baik.”

“Perlawanan menentang Leicester. Itu bukan perlawanan yang kami gemari untuk 90 minit. Namun kami menang 1-0. Dan kemenangan itu penting untuk pasukan dan setiap orang.”

“Kamu mahukan sokongan dan berada di dalam posisi kamu boleh membantu rakan sepasukan.”

Adakah Manchester United akan menamatkan kedudukan liga di 4 teratas pada musim ini?

Segalanya tidak mustahil dengan adanya kualiti seperti Rashford yang disifatkan Ole sebagai Ronaldo Baharu di dalam pasukan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.