Yakinlah Bahawa Rashford Bakal Bersaing Dengan Mbappe Untuk Ballon d’Or

Marcus Rashford boleh menjadi setaraf Kylian Mbappe dan kemudian akan memenangi Ballon d’Or, menurut bekas rakan sepasukan beliau ketika di Manchester United iaitu Matteo Darmian.

Rashford sedang menikmati musim terbaik beliau pada musim ini dengan menjaringkan 19 gol dalam semua pertandingan untuk Red Devils. Namun terpaksa disisihkan sejak Januari kerana kecederaan.

Rasford mulai mendapat tempat di dalam skuad Man United selepas diberikan debut oleh Louis Van Gaal pada 2016. Dan sejak itu beliau terus menjadi nadi penting pasukannya.

Rashford kemudian menjadi penyerang utama negaranya dalam kempen Piala Dunia 2018. Beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan menjadi penyerang no.1 di Manchester United pada ketika ini.

Darmian tidak terkejut jika bekas rakan sepasukannya itu akan berdiri di atas podium dan memegang Ballon d’Or pada suatu hari nanti. Ini kerana Rashford memang pemain yang sangat bagus.

“Saya masih ingat lagi dengan sesi latihan pertama Marcus Rashford bersama pemain senior, seperti baru semalam ia berlaku. Saya ketika itu terfikir, wah, hebat betul pemain ini.”

“Dia melakukan banyak sekali perkara yang luar biasa untuk pemain pada umurnya dan cara dia membangunkan bakatnya, benar-benar mengkagumkan saya.”

Darmian juga yakin Rashford masih belum sampai di kemuncak prestasinya. Dan pemain itu masih lagi menuju ke peringkat itu. Apabila beliau sudah tiba di tahap itu kelak, Marcus Rashford akan menjadi pemain yang sangat menggerunkan.

Darmian juga menjangkakan Rashford akan menjadi pesaing kepada Kylian Mbappe selepas ini untuk anugerah Ballon d’Or.

“Jika Rashford terus meningkat seperti yang dilaluinya hari ini. Saya yakin dia akan menjadi pemenang Ballon d’Or suatu hari nanti.”

“Dia adalah pemain Manchester United yang paling saya kagumi, masih muda dan masih banyak ruang untuk meningkatkan keupayaannya.”

“Bagi saya, dia mampu setaraf dengan Kylian Mbappe dan bersaing untuk memenangi Ballon d’Or dalam beberapa tahun lagi.

Darmian kemudian yakin Ole Gunnar Solskjaer adalah orang yang tepat dalam mengemudi pasukan Manchester United. Ini kerana Solskjaer seorang yang sangat teliti dalam persiapannya.

Malah Darmian turut menyatakan Ole mahukan beliau kekal lebih lama di Man United.

Rashford menjadi pemain utama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Malah Ole pernah menyatakan Rashford persis Cristiano Ronaldo di dalam pasukan Man United pada ketika ini.

Beliau pemain yang laju dan merupakan pakar bola mati di dalam pasukannya. United berjaya meyakinkan Rashford untuk terus kekal bersama dengan mereka.

Ini apabila Rashford bersetuju untuk memperbaharui kontrak bersama dengan Red Devils.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.