Rangnick: United Tak Perlukan Pemain Baru, Kami Cukup Mantap

Ralf Rangnick berkata dia tak memerlukan pemain baharu pada Januari ini. Sebaliknya lebih kepada memberi tumpuan kepada skuadnya sekarang berbanding pemain yang disasarkan pada jendela perpindahan Januari, selepas Manchester United menewaskan Burnley 3-1 di Old Trafford dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka pada 2021.

Gol daripada Scott McTominay, Ben Mee sendiri dan Cristiano Ronaldo sudah cukup untuk memastikan kemenangan bergaya skuad United. Aaron Lennon menjaringkan satu gol untuk pasukan pelawat. Dan tak lebih daripada sekadar jaringan saguhati.

Selepas perlawanan, pengurus sementara United ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan untuk menambah pemain pada Januari, dia menjawab.

“Fokus saya tertumpu kepada pemain pada masa ini. Kami mempunyai cukup pemain berkualiti dalam skuad, jadi tiada isu kekurangan pemain,” kata Rangnick kepada Amazon Prime Sport.

“Perpindahan pada musim sejuk hanya masuk akal jika ia benar-benar membantu anda, jika ia membuatkan anda bertambah baik, dan setakat ini kami belum bercakap mengenainya. Fokus saya dalam beberapa minggu kebelakangan ini adalah pada skuad semasa.”

The Red Devils menjaringkan tiga gol dalam 35 minit pertama menentang Clarets, terbanyak dalam empat perlawanan pertama Rangnick sebagai jurulatih.

Bekas bos RB Leipzig itu berpuas hati dengan usaha pasukannya, dia merasakan persembahan kolektif dalam perlawanan ini lebih baik dari sebelumnya.

“Seperti yang dijangka, ia adalah perlawanan fizikal yang sangat sukar menentang pasukan yang sangat fizikal,” tambahnya.

“Kami juga menunjukkan kualiti yang kami ada dalam pasukan kami. Adalah penting hari ini untuk meningkatkan tahap kekuatan kami.”

“Prestasi keseluruhan pasukan jauh lebih baik, saya gembira dengan prestasi pemain sayap kami. Jadon Sancho melakukannya dengan baik dan Mason Greenwood. Edinson Cavani dan Cristiano, kerja yang hebat.”

Rangnick juga ditanya mengenai sasaran United untuk baki musim ini, di mana mereka kini berada di tangga keenam dalam Liga Perdana, setelah terikat mata dengan West Ham di tempat kelima, dan empat mata di belakang Arsenal di tangga keempat, dengan satu mata.

“Saya tidak akan mengatakan yang tempat keempat adalah sasaran minimum,” katanya.

“Ia mengenai mengambil langkah pembangunan seterusnya. Kini kami lapan perlawanan berturut-turut tanpa kekalahan. Ia mengenai mengambil langkah seterusnya.”

Manchester United telah mengumpul 14 mata daripada enam perlawanan terakhir mereka dengan rekod 4 kemenangan, 2 seri di bawah Michael Carrick dan Ralf Rangnick, 10 lebih mata berbanding enam perlawanan terakhir mereka di bawah Ole Gunnar Solskjaer dengan 1 kemenangan 1 seri dan kalah 4.

Premier League 2021/22: Manchester United 3-1 Burnley

Ralf Rangnick tidak menyenaraikan Bruno Fernandes dalam perlawanan menentang Burnley bukan kerana prestasi buruk ketika menentang Newcastle United.

Bruno Fernandes digantung satu perlawanan selepas mengumpul lima kad kuning.

Fred dibangku simpanankan menyaksikan Nemanja Matic dan Scott McTominya bergandingan membentuk gandar berganda.

Cristiano Ronaldo digandingkan bersama Edison Cavani disokong oleh Jadon Sancho dan juga Mason Greenwood.

Perlawanan ini wajib dimenangi Setan Merah selepas kehilangan mata penting ketika menentang Newcastle United.

Manchester United hampir mendahului seawal mungkin selepas lambungan cantik Luke Shaw menemui Cristiano Ronaldo yang tidak dikawal dan bebas dari offside.

Entah apa yang bermain dibenak fikiran Ronaldo yang ketika itu hanya berhadapan dengan penjaga gol Burnley, Wayne Hennessey sahaja gagal menyempurnakan peluang terhidang.

Rembatan Ronaldo tinggi melepasi palang.

Scott McTominay memecahkan kebuntuan pada minit ke-8 selepas merembat masuk sentuhan pertama Ronaldo yang terhasil seperti satu hantaran.

Luke Shaw yang kembali beraksi membuktikan kenapa beliau selayaknya mengisi posisi left-back dan tampak hanya Shaw yang berfungsi menghantar bola ke atas.

Pada minit ke-27, Jadon Sancho menggandakan kedudukan dengan satu gol yang sangat jahat dengan penyudah yang sangat manis dengan gelecekan yang menawan.

Namun jaringan Sancho diberikan kepada Ben Mee sebagai gol sendiri.

Ronaldo yang terlepas peluang lagi akhir memecahkan badi dengan satu gol penuh bergaya menolak masuk bola muntah percubaan McTominay yang terkena tiang pada minit ke-35.

Kesilapan Eric Bailly yang kehilangan bola mudah telah dihukum Aaron Lennon dengan gol pertama Burnley tiga minit selepas gol ketiga dari Ronaldo.

Manchester United tidaklah beraksi dengan baik namun masih mampu menghasilkan tiga gol pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua. Burnley terus menekan Machester United untuk terus mengurangkan defisit gol.

Cristiano Ronaldo masih gagal mendapatkan sentuhannya apabila telah menanduk tanpa pedoman hantaran Masok Greenwood, teramat jauh tersasar.

Mason Greenwood melakukan satu percubaan kaki kiri namun berjaya ditepis Wayne Hennessey.

Scott McTominay sekali lagi melakukan percubaan jarak jauh dan berjaya diselamatkan Wayne Hennessey.

Eric Bailly yang kelihatan seperti mengalami kecederaan dikeluarkan pada minit ke-65 dan Raphael Varane dimasukkan.

Serangan balas pantas dimulakan Ronaldo dengan tolakan kepada Jadon Sancho yang berada di tepi melakukan hantaran silang mencari Ronaldo kembali.

Ronaldo menanduk kepada Edison Cavani yang terus melibas dan terkena dagu Wayne Hennessey dan penjaga garisan mengangkat bendera tanda offside.

Burnley cuba mencari gol tapi buntu dan Manchester United terus membazirkan peluang sedaya upaya.

Tiada tambahan jaringan daripada Manchester United dan juga Burnley pada separuh masa kedua dan Manchester United berjaya mendapat tiga mata terakhir bagi tahun 2021.

Walaupun menang banyak lagi perlu diperbaiki Setan Merah dan bahagian tengah masih lagi gagal berfungsi dengan baik dan terlalu banyak hantaran kebelakang dilakukan.

Kesebelasan Utama Manchester United (4-2-2-2) David de Gea; Aaron Wan-Bissaka, Eric Bailly, Harry Maguire, Luke Shaw; Scott McTominay, Nemanja Matic; Mason Greenwood, Sancho; Edison Cavani, Cristiano Ronaldo.

Pemain simpanan: Dean Henderson, Raphael Varane, Diogo Dalot, Alex Telles, Jesse Lingard, Fred, Donny van de Beek, Marcus Rashford, Elanga.

Kesebelasan Utama Burnley (4-4-2) Hennessey; Lowton, Tarkowski, Mee, Taylor; Gudmundsson, Cork, Westwood, McNeil; Lennon, Wood.

Pemain simpanan: Norris, Collins, Bardsley, Pieters, Stephens, Thomas, Vydra.

Pengadil perlawanan: Jon Moss.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.