Rangnick: Chelsea Sahaja Ke Dibekukan? Arsenal Dan Everton Macamana?

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick telah mempersoalkan tindakan kerajaan Britain yang hanya membekukan Chelsea kerana ianya aset kepada Roman Abramovich yang dikaitkan sebagai oligarki-Kremlin yang menyokong Putin.

Rangnick turut mempersoalkan bagaimana pula dengan Everton dan Arsenal yang memiliki pemilik Rusia. Rangnick menegaskan bahawa Chelsea bukan satu satunya kelab yang memiliki pemilik Rusia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun kerajaan UK memutuskan untuk menyekat Roman Abramovich kerana dikaitkan sebagai orang yang rapat dengan Vladimir Putin sejak berdekad dekad lamanya.

Abramovich sudah membuat penafiannya tentang kaitannya dengan dasar Vladimir Putin yang dianggap agresif dan menindas.

Rusia menceroboh Ukraine sejak beberapa minggu lalu. Membuatkan UK bertindak mengenakan tekanan ke atas oligarki Rusia di negara mereka.

Chelsea kini beroperasi sebagai kelab bola sepak dengan lesen khas. Lesen itu diberikan untuk membolehkan Abramovich menjual kelab dalam masa terdekat. Namun Abramovich tidak boleh mengambil sesen pun daripada hasil penjualannya.

Chelsea dilarang sama sekali menjual atau membeli pemain. Selain daripada dilarang melanjutkan kontrak pemain.

Pemain seperti Antonio Rudiger, Cesar Azpilicueta, dan Andreas Christensen yang kontrak mereka akan berakhir menyaksikan sebarang rundingan dengan mereka kini terhenti.

Chelsea turut dilarang menjual tiket perlawanan serta menjual barangan kelab. Chelsea ada tempoh sehingga 31 Mei untuk menjual kelab mereka.

Thomas Tuchel mendapat sokongan daripada pengurus seperti Antonio Conte dan Jurgen Klopp. Walaupun Klopp dengan terang terangan menyokong tindakan kerajaan Britain.

Rangnick turut memberikan pandangannya. Di mana menurutnya, bukan Chelsea sahaja yang ada pemilik Rusia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Rangnick berkata: “Semua orang dalam biliki ini atau di mana sahaja berada, tidak dapat meramalkan apa yang berlaku minggu lalu.”

“Kita harus berhati hati dalam menyalahkan seseorang. Roman Abramovich adalah pemilik, namun Arsenal dan Everton turut memiliki pemilik atau pemilik melibatkan oligarki Rusia, jadi Chelsea bukan satu satunya kelab.”

Everton merupakan kelab yang dimiliki Alisher Usmanov secara bersama dengan pemegang utama saham kelab iaitu Farhad Moshiri.

Namun sebelum itu Usmanov merupakan pemilik bersama di Arsenal yang kemudian menjual semua pegangan sahamnya kepada keluarga Kroenke.

Chelsea kini berada dalam tahap yang sukar. Di mana mereka telah kehilangan beberapa penaja utama termasuk Three yang menjadi penaja jersi.

Seterusnya, Nike turut mempertimbangkan untuk menamatkan kerjasama dengan Chelsea.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.