Rangkuman Aksi Yang Membuktikan Liverpool Teruk Dizalimi VAR Musim 2020/21

Salah seorang penyokong Liverpool telah merangkumkan kesemua keputusan pengadil dan VAR yang menzalimi Liverpool sepanjang musim 2020/21 ini.

Dalam video tersebut beliau telah merangkumkan segala aksi bagaimana teruknya para pemain Liverpool menjadi mangsa kekejaman sistem yang dipanggil VAR.

The Reds mengakhiri saingan musim ini di kedudukan ketiga, seterusnya mengesahkan kedudukan untuk mara ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

Liverpool berjaya mengesahkan kedudukan mereka selepas kejayaan menewaskan Crystal Palace 2-0 dalam aksi terakhir saingan premier league musim ini.

Selain berdepan kesukaran dek kerana kecederaan pemain, Liverpool turut sering menjadi mangsa kezaliman VAR pada musim ini dengan begitu banyak keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Selepas berakhirnya musim ini, salah seorang peminat Liverpool, @LVerpull telah merangkumkan segala aksi dan keputusan pengadil yang jelas tidak memihak kepada Sang penakluk dunia itu.

Video berdurasi 2 minit itu telah tular di media sosial dengan kebanyakkan peminat bersetuju bahawa VAR jelas terlalu menzalimi Liverpool pada musim ini.

Ia bermula dengan aksi Merseyside Derby di Goodison Park, yang mana ketika itu Jordan Pickford telah melakukan terjahan yang sangat tidak patut ke atas Virgil Van Dijk.

Tindakan tidak bermoral yang ditunjukkan oleh penjaga gol Everton itu menyebabkan Virgil Van Dijk terpaksa berehat sepanjang musim ini, dan beliau sehingga kini masih disumpah oleh para penyokong Liverpool.

Dalam perlawanan sama yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 itu, Jordan Henderson sebenarnya sudah berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Liverpool, namun sayangnya gol tersebut telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Liverpool turut menjadi mangsa kekejaman VAR ketika aksi kekalahan 1-0 mereka di tangan Southampton, yang mana tiga keputusan tidak memihak kepada mereka pada ketika itu.

Dua sepakan penalti telah dinafikan serta tiada layangan kad merah atas pemain Southampton yang melakukan terjahan keras ke atas James Milner.

Terdapat juga aksi beberapa gol jaringan dari trio handalan dunia, Mane, Salah dan Firmino yang telah dinafikan oleh pengadil dalam rangkuman video tersebut.

Selain itu, terdapat juga aksi yang menunjukkan bagaimana mudahnya pengadil menghadiahkan penalti kepada pasukan lawan Liverpool seperti Manchester City, Burnley, Sheffield United, Brighton dan Everton.

Terdapat juga beberapa insiden berprofil tinggi yang dirangkumkan dalam video tersebut seperti ketika kaki Mane ditarik oleh Karl Darlow dalam aksi seri 0-0 Liverpool bertemu Newcastle yang tidak dihukum oleh pengadil.

Detik ketika pengadil perlawanan membunyikan wisel tamat aksi babak pertama terlalu awal ketika Liverpool bertemu United dengan The reds sedang melancarkan serangan juga dirangkumkan dalam video tersebut.

Terdapat kajian terbaru dari media UK yang mengkaji semula carta kedudukan liga seandainya VAR tidak digunakan dalam saingan premier league, hasilnya kedudukan Liverpool mungkin berubah.

Jika premier league tidak menggunakan sistem VAR, Liverpool berkemungkinan akan mengakhiri saingan liga musim ini di kedudukan kedua di belakang Manchester City.

Sementara Manchester United yang dianggap terlalu dimanjakan oleh VAR pula turun satu anak tangga dengan berada di belakang Liverpool.

Selain Liverpool, Arsenal juga merupakan antara pasukan yang paling teruk menjadi mangsa kezaliman VAR musim ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu mungkin akan mengakhiri saingan liga musim ini dengan berada di kedudukan keempat dalam carta liga selepas mengambil kira segala keputusan pengadil yang tidak berpihak kepada mereka.

Skuad kendalian Jurgen Klopp merupakan pasukan paling teruk menjadi mangsa kezaliman VAR dengan keseluruhannya 12 keputusan tidak memihak kepada mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.