Ramsey Girang Dapat Bermain Champions League Sekali Lagi

Aaron Ramsey menyatakan kerinduan beliau untuk beraksi di pentang UEFA Champions League.

Pemain kebangsaan Wales itu telah menyertai Juventus dari Arsenal dengan perpindahan percuma.

Beliau sudah 2 musim berturut-turut gagal untuk bermain di Champions League.

Kali terakhir beliau beraksi di pentas UCL bersama Arsenal adalah pada musim 2016/17.

Dengan perpindahannya ke kelab gergasi Itali, Juventus, Aaron Ramsey terus mendapat tempat dalam UCL.

Dalam satu muat naik intsgram beliau, Aaron Ramsey meletakkan kapsyen dengan nada penuh semangat: “Sudah tidak sabar-sabar untuk bermain dalam pertandingan (UCL) ini SEKALI LAGI!”

Ramsey menyaksikan undian secara langsung di rumah beliau.

Juventus diundi dalam kumpulan D bersama-sama dengan Atletico Madrid, Bayer Leverkusen dan juga Lokomotiv Moscow.

Aaron Ramsey perlu memenangi persaingan sengit untuk memasuki kesebelasan utama di Juventus, pasukan yang ada lambakan pemain tengah berkualiti.

Aaron Ramsey merupakan pemain tengah berbakat. Beliau memiliki kemampuan untuk playmaking dan juga ada rekod gol yang baik ketika bermain untuk Arsenal.

Walaubagaimanapun, beliau kerap berhadapan dengan isu kecergasan dan kecederaan.

Adakah Aaron Ramsey akan dapat mengatasi isu tersebut dan bermain banyak perlawanan pada musim ini bersama kelab barunya?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.