Sergio Ramos sepertinya tidak mahu untuk melihat Lionel Messi meninggalkan Barcelona.
Tetapi dalam masa sama beliau merasakan penyerang handalan itu berhak membuat keputusan terbaik untuk masa depannya sendiri.
Berita Lionel Messi meminta untuk keluar dari Barcelona sungguh mengejutkan dan menjadi isu terhangat dalam dunia sukan baru-baru ini.
Sergio Ramos doesn’t want Messi to leave Barcelona ⛔️ pic.twitter.com/EHfk8aRccs
— B/R Football (@brfootball) September 2, 2020
Beliau menganggap dirinya bukan lagi sebahagian dari pemain dalam skuad kendalian Ronald Koeman untuk musim 2020/21.
Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos kini memberi pandangan peribadinya tentang keputusan Messi untuk meninggalkan Nou Camp.
Bercakap dalam satu sidang media ketika menjalani tugas antarabangsanya bersama Sepanyol, Ramos menyatakan:
“Dia mempunyai hak mutlak untuk menentukan apa yang terbaik untuk masa depannya, tetapi saya tidak pasti andainya itulah jalan yang terbaik.”
Walau bagaimanapun, pemain pertahanan veteran yang sudah bertarung dengan Messi saban tahun ini dalam perlawanan El Clasico itu sangat berharap agar bintang Argentina itu kekal di Sepanyol.
“Untuk bola sepak Sepanyol, untuk Barcelona dan untuk kami, kami kamu melihat dia terus berada di sini.”
Tambah Ramos lagi.
Sergio Ramos wants Messi to stay. pic.twitter.com/UCkZbk2pe5
— ESPN FC (@ESPNFC) September 2, 2020
“Leo menyempurnakan liga bola sepak Sepanyol, pasukan dia dan menjadikan Clasicos bertambah menarik.”
“Sudah pasti anda mahu menewaskan yang terbaik dan dia merupakan yang terbaik di dunia.”
Masa depan Messi masih lagi di awang-awangan selepas ayah dan ejennya, Jorge bercakap dengan presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu pada Rabu lalu.
Ketika ditanya bagaimana dia melihat masa depan anaknya di Barcelona, ayah Messi menjawab:
“Masa depannya di Barca susah, susah. Sangat susah untuk Leo kekal.”
Manchester City dilaporkan berada dalam landasan terbaik untuk menandatangani pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu.
Ramos on Messi: "pic.twitter.com/umgfIs4JOv
— Rãmeëž Műrťažå (@Messi_Ibroo) September 3, 2020
Walau bagaimanapun, Jorge mendakwa bahawa beliau sendiri tidak pasti tentang minat dari City dan beliau masih belum bercakap dengan Pep Guardiola tentang perpindahan ke premier league.
Ketika ditanya adakah Manchester City merupakan pilihan terbaik, Jorge menjawab:
“Saya tidak tahu, tiada apa-apa yang berlaku. Saya sendiri belum bercakap dengan Pep. Bukan dia saja, bahkan saya tidak pernah berunding dengan sesiapa lagi.”
Sergio Ramos weighs in on the Messi transfer saga 👀 pic.twitter.com/9jWhOKZLux
— FOX Soccer (@FOXSoccer) September 2, 2020
Setelah hangat isu perpindahan Messi dan dengan keadaan sekarang, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Messi akan kekal satu musim lagi bersama Barca.
Menurut laporan sama, Messi hanya akan dibenarkan untuk keluar selepas beliau menghabiskan musim 2021 bersama Barca.