Sergio Ramos mendedahkan sebenarnya beliau sudah merancang melakukan panenka dalam aksi penalty shootout di antara Real Madrid dan Atletico Madrid.
Namun terpaksa melupakan hasrat itu kerana bahagian buku lalinya agak sakit ketika itu. Ramos beraksi dalam kesakitan pada babak akhir perlawanan tersebut.
Dalam aksi Supecopa De Espana, Sergio Ramos menjaringkan penalti kemenangan untuk Real Madrid ke atas musuh sebandar, Atletico Madrid.
Gol penalti oleh kapten Sergio Ramos membantu Real Madrid menjulang Supercopa De Espana / Piala Super Sepanyol 2019/20.
Ditanya tentang kenapa beliau suka mengambil sepakan keempat? Adakah beliau percaya kepada benda superstition/ mistik di dalamnya?
Ramos menafikannya. Sebaliknya beliau mendedahkan beliau sukakan penalti keempat kerana mahu mengendalikan tekanan.
“Saya memang sentiasa memilih untuk mengambil penalti keempat bukan kerana saya percaya kepada benda mistik, tetapi kerana ianya biasanya boleh memberikan gol kemenangan kepada pasukan kamu.”
Ramos menyatakan beliau sudah berpengalaman mengendalikan tekanan. Jadi beliau tiada masalah untuk menggalas tugasan untuk mengambil sepakan penalti keempat.
Ramos juga mendedahkan sebab utama beliau tidak melakukan panenka untuk menewaskan penjaga gol lawan.
Malangnya hasrat itu terpaksa dilupakan kerana keadaan buku lalinya yang tidak mengizinkannya.
“Saya sudah merancang nak buat panenka, tetapi saya tidak melakukannya kemudian. Hal ini kerana buku lali saya agak sakit, dan saya tidak mahu mengambil langkahan yang banyak.”
“Saya akui, saya agak risau kecederaan itu akan semakin serius jika dibiarkan semakin lama. Namun apabila kamu di atas padang, kamu sentiasa melupakan kesakitan itu.”
“Sekarang saya sudah terasa kesakitannya kembali. Harap ia tidak serius selepas ini.”
Sergio Ramos 🗣 "I always take the fourth penalty due to superstition, not because it had been calculated that I'd take the winning penalty. I had planned on taking a Panenka penalty but I didn't have the ankle to do lots of little steps. My ankle is a bit f***ed" pic.twitter.com/DblFk8EFeM
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 13, 2020
Ditanya tentang tindakan Federico Valverde yang melakukan bentesan menafikan gol Morata, dan mendapat kad merah, Ramos menyatakan, mana-mana pemain akan melakukan perkara itu.
Fede Valverde telah menjatuhkan Alvaro Morata yang dalam keadaan satu lawan satu dengan Thibaut Courtois, berpunca daripada satu serangan balas.
“Ya, saya rasa sesiapa sahaja dalam pasukan ini akan melakukan perkara yang saya. Itu adalah detik penting dan perlu untuk dihentikan.”
Ramos kemudian mengingatkan seteru mereka, terutamanya Barcelona bahawa Real Madrid akan sentiasa menjadi pasukan lebih besar daripada mereka dan mana-mana pasukan di dunia.
Kejayaan Piala Supercopa De Espana itu bukti bahawa Real Madrid terus menambah piala di dalam kabinet mereka.
“Piala ini menunjukkan kepada dunia bahawa pasukan ini memiliki jumlah kejayaan yang tidak terkira. Inilah sebab kenapa Real Madrid adalah pasukan paling besar dan paling berjaya di dunia.”
“Kerana pasukan ini terus memenangi piala dari generasi ke generasi. Sebab inilah Real Madrid sangat besar.”
Real Madrid ketika ini masih terikat mata dengan Barcelona di 2 tangga teratas La Liga. Cuma dibezakan perbezaan jaringan/