Ramalan Klopp Pada Sidang Media Pertama Liverpool Akan Muncul Juara Pada 2020

Pada sidang media pertama Jurgen Klopp selepas menyertai Liverpool, beliau telah memberi bayangan bahawa Liverpool akan mendapat gelaran juara pada tahun 2020 dan ramalan itu kini menjadi kenyataan.

Pengurus yang kini berusia 52 tahun tiu telah dilantik sebagai pengurus Liverpool pada 8 Oktober 2015 selepas cemerlang selama 7 tahun bersama Borussia Dortmund dengan 2 kejuaraan Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Champions League.

Sebelum itu Klopp telah bersama FSV Mainz 05 dan telah membawa kelab itu ke liga teratas Jerman buat pertama kali dalam sejarah kelab pada 2004 dan bermain di kejohanan Eropah setahun kemudian.

Jurgen Klopp mengambil alih Liverpool daripada Brendan Rodgers pada Oktober 2015 dan telah mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Tottenham Hotspur pada perlawanan pertamanya.

Dalam sidang media pertamanya Klopp telah meramalkan bahawa satu gelaran juara akan berjaya didakap dengan tempoh kontrak yang diberikan kepada beliau ketika itu.

“Semalam kami telah mengikat kontrak dan pagi ini aku bangun dan aku dah jadi pengurus Liverpool.”

“Tolong beri kami masa untuk menjalankan tugas tetapi apabila aku duduk di sini dalam tempoh 4 tahun, aku fikir kami akan meraih satu gelaran.”

“Jika tidak mungkin aku akan menang satu lagi di Switzerland.”

Klopp hanya memberi ramalan satu gelaran dan Champions League ke-6 dalam sejarah kelab telah didakap kemas pada musim 2018/19.

Musim 2019/20 menyaksikan gelaran pertama Premier League dalam tempoh 30 tahun bakal didakap dengan hanya enam kemenangan lagi daripada 13 perlawanan.

“25 tahun lalu merupakan satu tempoh yang lama. Sejarah hanya boleh menjadi asas buat kami dan kami tidak boleh terus bersandarkan pada kenangan.”

“Aku mahu menyaksikan langkahan pertama minggu hadapan dan tidak selalu dibandingkan dengan masa lalu.

“Liverpool kelab yang hebat. Semuanya ada di sini. Mari bermula dengan jalan yang baru.”

https://twitter.com/FootballFunnnys/status/1208496731425562631

Itulah kata-kata yang tidak berbaur politik daripada Klopp pada 2015 dan bukannya sebuah manifesto tetapi percaya dengan potensi yang ada pada Liverpool.

Selepas empat tahun, kini Klopp telah membawa Liverpool mengecap gelaran UEFA Champions League, UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup serta sudah menguasai dunia.

Jangkaan dan sasar Klopp sudah tercapai dengan pelbagai rekod telah dipecahkan musim ini dengan menanti detik bergelar juara. Mungkin treble dan invincibles?

Perjalanan Klopp Bersama Liverpool

Pengurus yang berkaliber lagi kacak bernama Jurgen Klopp akan kekal di Liverpool sehingga tabun 2024 di mana Klopp akan bersama Liverpool untuk tempoh 4.5 tahun lagi selepas ditawarkan kontrak baharu pada hujung tahun lalu.

Pada musim pertama di Anfield, Liverpool telah mara ke final League Cup dan Eruopa League di mana mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan akhir itu.

Musim 2016/17 Mmenyaksikan Kloop telah membawa The Reds kembali ke Champions League buat pertama kali sejak 2014. Menamatkan musim itu ditangga ke-4 pada hari terakhir menewaskan Middlesbrough di Anfield.

Kepulangan kembali Liverpool ke Champions League dengan penuh bergaya apabila mara ke final di Kiev sebelum tewas 3-1 kepada juara bertahan Real Madrid.

Namun pada musim 2018-19, pengurus berusia 52 tahun itu sekali lagi membawa Liverpool ke final Champions League dan telah menjulang kejuaraan ke-6 Liverpool dengan menewaskan Tottenham Hotspur 2-0.

Di saingan domestik, Liverpool menamatkan liga ditempat kedua walaupun mengumpul 97 mata dan mengejar Manchester City hingga perlawanan terakhir.

Pada musim ini Liverpool terus cemerlang apabila mencatatkan 24 kemenangan daripada 25 perlawanan liga serta boleh mecatatkan musim invincibles dan bergelar juara.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.