Ramalan Kesebelasan Chelsea Musim 2020/21

Pada awal pagi semalam, Chelsea sudah mengesahkan bahawa mereka telah berjaya menandatangani Thiago Silva dari Paris Saint Germain.

Chelsea menandatangani pemain pertahanan veteran itu secara percuma dengan kontrak selama satu tahun dan boleh dilanjutkan lagi.

Pemain berusia 35 tahun itu telah membuat 89 penampilan untuk skuad kebangsaan Brazil sepanjang kariernya.

Sudah pasti pengalaman beliau sangat membantu untuk skuad kendalian Frank Lampard menghadapi musim baru nanti dan memburu kejuaran premier league mereka.

“Saya sangat gembira untuk menyertai Chelsea. Saya sungguh berbangga dapat menjadi sebahagian dari skuad kendalian Frank Lampard.”

Jelas Silva.

“Saya disini untuk mencabar kejuaraan dan saya sudah tidak sabar untuk beraksi di Stamford Bridge.”

Jendela perpindahan kali ini merupakan jendela perpindahan yang paling menggembirakan untuk kesemua peminat pasukan Chelsea.

The blues sebelum ini telah berjaya untuk menandatangani bintang sensasi Jerman, Timo Werner dengan nilai perpindahan yang bernilai hampir €60 juta.

Timo Werner dilaporkan akan menerima pendapatan bernilai £180,000 seminggu di Stamford Bridge selepas Chelsea berjaya memuktamadkan urusan perpindahannya.

Chelsea berusaha untuk mendapatkan khidmat beliau selepas melihat aksi memukau darinya bersama pasukan RB Leipzig musim lalu.

Timo Werner cemerlang menjaringkan 25 gol dari 29 penampilan beliau dalam saingan Bundesliga musim lalu.

Sebelum menandatangani Timo Werner, Chelsea terlebih dahulu sudah berjaya untuk menandatangani pemain sayap Belanda Hakim Ziyech dari Ajax.

Ziyech menandatangani perjanjian bersama Chelsea dengan nilai perpindahan berjumlah £33 juta.

Chelsea juga menandatangani bintang Premier League Ben Chilwell dari Leicester City baru-baru ini dengan nilai perpindahan dilaporkan bernilai £50 juta.

Tidak cukup sampai disitu, Chelsea turut mahu menandatangani Malang Sarr yang bakal meninggalkan Nice musim panas ini memandangkan kontrak pemain itu juga sudah tamat.

Namun begitu beliau akan menghabiskan satu musim 2020/21 untuk dipinjamkan keluar supaya pemain itu boleh menambah pengalaman dan kebolehannya lagi.

Untuk tambahan dari kesemua urusan perpindahan yang telah berhasil, Chelsea kini sedang mendahului persaingan untuk menandatangani bintang muda Bayern Leverkusen, Kai Havertz.

Chelsea telah menghantar bidaan bernilai £100 juta untuk mendapatkan Kai Havertz dan pasukan dari Jerman itu juga dilaporkan telah bersetuju untuk menerima tawaran tersebut.

Urusan perpindahan beliau sedang dimuktamadkan dan Chelsea mungkin akan membawa playmaker handal itu ke Stamford Bridge tidak lama lagi.

Kesemua enam pemain terbaru tersebut sepertinya akan menambahkan kekuatan kepada pasukan Chelsea untuk setidaknya berada di kedudukan empat teratas dalam pentas Premier League musim hadapan.

Tetapi bagaimana Frank Lampard mahu mengatur kesebelasan terbaiknya ketika mereka akan berkunjung ke Amex Stadium untuk bertemu Brighton 14 September nanti?

blank

blank

Apa yang pasti adalah, Frank Lampard mungkin akan pening kepala untuk memilih kesebelasan terbaiknya bagi perlawanan pembukaan liga nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.