Sebuah portal sukan bernama The Athletics telah mendedahkan kini semakin ramai pengerusi kelab yang mahu musim Liga Perdana Inggeris musim ini dibatalkan kerana koronavirus yang semakin meruncing pada ketika ini.
Sebelum ini Presiden UEFA ada menyatakan, jika Liga Perdana Inggeris dibatalkan bermakna musim ini tidak akan ada juara dan tidak akan ada penyingkiran.
Ini bukan berita yang baik untuk Liverpool kerana mereka di landasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan EPL mereka selepas 30 tahun.
Liverpool pada ketika ini berada 25 mata di atas Manchester City pada carta Liga Perdana Inggeris.
Sebelum ini lain
Nada suara yang berbeza disuarakan oleh ahli gabungan Premier League sebelum ini yang rata rata menentang idea membatalkan musim ini.
Koresponden terpercaya, David Ornstein dari Athletic baru baru ini pula menyatakan pada sekarang ini, telah ramai pengerusi kelab yang mulai berpaling tadah dan membuat pusingan U untuk meminta musim ini dibatalkan.
Namun begitu, David Ornstei tidak mendedahkan pengerusi dan kelab tersebut di dalam laporannya.
A Premier League chairman tells @David_Ornstein that he thinks the season should be abandoned on moral grounds. (Personal thought: where would that leave thousands of workers whose incomes rely on matches being played?) https://t.co/59m3d8GVyW
— Simon Hughes (@Simon_Hughes__) March 27, 2020
Pembatalan musim ini bermakna EPL akan terpaksa membayar ganti rugi sekitar £750 hanya untuk penyiaran sahaja seperti mana yang termaktub di dalam kontrak untuk membatalkan musim.
Tetapi para pengerusi yang terbabit merasakan musim ini patut dibatalkan kerana krisis pandemik koronavirus yang terus meruncing.
Dalam beberapa hari ini dua tokoh negara di UK terkena koronavirus. Mereka ialah Putera Charles dan juga Boris Johnson.
Isu untuk membatalkan liga perdana Inggeris musim ini mulai disuarakan oleh Karren Brady yang merupakan naib pengerusi West Ham United.
Idea itu dibantah majoriti pengerusi yang lain kerana mereka merasakan impak secara ekonomi kepada kelab kelab bertanding amat besar.
EPL kemudian mengumumkan liga akan ditundak sehingga ke 31 Mac. Tetapi keadaan terus semakin teruk dan EPL sekali lagi mengadakan mesyuarat tergempar dan menyokong untuk melanjutkan lagi tempoh penundaan kepada sekurang-kurangnya 30 April.
Pihak Premier League dijangka akan mengadakan satu lagi mesyuarat tergempar dalam masa terdekat. Dan David Ornstein membayangkan hasil keputusan mesyuarat itu akan mengundi liga untuk dibatalkan.
UEFA juga sudah membuat keputusan untuk menunda 3 kejohanan utamanya ke tarikh baharu. Liga Juara Juara Eropah dan Liga Europa ditunda ke tarikh baharu.
Manakala kejohanan serantau EURO 2020 akan ditunda ke tahun hadapan, tahun 2021. Namun venue pertandingan dan nama kejohanan akan tetap kekal sama.
Idea untuk membatalkan liga kurang dipersetujui oleh UEFA. Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menegaskan pembatalan liga bermakna liga akan dikira null and void dan seolah olah tidak pernah wujud.
Beliau meminta setiap liga bola sepak di Eropah untuk berusaha menamatkan saingan liga walaupun tersasar daripada sasaran awal untuk menamatkan liga sebelum musim baharu bermula.