Rakan Sepasukan Mahu Tumbuk Messi Kerana Jelek Dengan Sikap Pemain Itu

Tiada siapa dapat membayangkan apa yang berlaku di bilik persalinan Barcelona seleps dibelasah Bayern Munich dengan jaringan 8-2 pada awal pagi tadi.

Messi sekali lagi gagal mengemudi Barcelona selaku kapten pasukan di pertandingan UEFA Champions League apabila disingkirkan secara kejam untuk musim kedua berturut-turut.

Musim lalu, Messi dan Barcelona diaibkan Liverpool yang bangkit menang 4-0 di Anfield selepas sebelum itu tewas 3-0 di Nou Camp untuk mara ke final di Madrid.

Musim ini, Messi dan Barcelona dibelasah Bayern Munich dengan jaringan 8-2 di Portugal – gelanggang berkecuali yang dipilih bermula saingan suku akhir pada musim ini.

Messi sebelum ini sinonim dengan kegagalan bersama pasukan negaranya Argentina di kejohanan utama antarabangsa. Kini ia seolah-olah merebak ke pertandingan kelab.

Steve McManaman pula secara terbuka mengkritik sikap Messi yang seolah-olah cepat sangat menyerah kalah ketika Bayern rakus merobek gawang kelab Catalan itu.

Adakah benar sikap Messi adalah punca kepada kegagalan bersama Argentina dan kini bersama Barcelona?

Insiden bersama Argentina

Argentina adalah penganjur kejohanan Copa America pada 2011. Namun kejohanan itu tidak mempunyai memori indah buat mereka setelah tersingkir awal dari pertandingan.

Anda pasti boleh bayangkan aura negativiti yang turut menyelubungi pasukan pada ketika itu, sehingga ia hampir mencetuskan pergaduhan diantara Lionel Messi dan rakan sepasukan yang lain.

Rakan sepasukan yang dimaksudkan adalah pemain pertahanan, Nicolas Burdisso. Pada ketika mewakili Argentina pada ketika itu, Burdisso beraksi bersama AS Roma.

Bercakap kepada MARCA, Burdisso mendedahkan bagaimana beliau hampir menumbuk bintang Barcelona yang kini merupakan kapten pasukan kebangsaan Argentina itu pada 2011.

“Kami bermula dengan pertengkaran,” kata Burdisso dalam satu temubual bersama Podemos Hablar.

“Bukan saya satu-satunya pemain yang pernah menjerit ke arah Messi, tetapi perkara sebegini adalah biasa di bilik persalinan.

“Kami bertengkar mengenai beberapa perkara ketika dalam perlawanan.

“Beliau mahukan bola, dan saya juga mahu menghantar kepada beliau, tetapi tidak boleh melakukannya.

“Beliau tidak senang sepanjang perlawanan, dan saya juga tidak selesa dengan situasi tersebut.

“Kami kemudian menuju ke bilik persalinan dan boleh membaca apa yang berlaku.

“Saya pun meluru ke arah beliau, dan semua orang meleraikan kami. Kami tidak jadi bertumbuk dan bergaduh.

Apabila ditekan oleh Hablar mengenai kejadian tersebut, Burdisso mengaku sudah tidak terkesan dengan oleh Messi disebabkan insiden tersebut.

“Beliau memiliki karakter yang kuat,” tambah Burdisso lagi.

“Itu adalah perkara yang bagus, saya pun sama. Perkara positifnya ialah semua orang kemudiannya okay.”

Persoalan seterusnya, adakah Messi sebenarnya seorang ‘one man show’?

Messi penuh kekecewaan

Apa yang pasti Messi amat kecewa dengan kekalahan kepada Bayern Munich. Satu gambar di bilik persalinan Barcelona telah tersebar memperlihatkan pemain itu duduk termenung bersendirian.

Barcelona dilaporkan akan mengumumkan pemecatan Quique Setien yang dilantik sebagai pengurus pada Januari lalu selepas kekalahan memalukan ini.

Turut dikatakan akan menerima padah adalah Pengarah Sukan, Eric Abidal yang pernah bertengkar dengan Messi di dalam media mengenai beberapa isu dalaman.

Gerrard Pique sendiri menyifatkan Barcelona kini seperti sudah jatuh ke dalam lubuk terdalam. Malah pemain pertahanan itu tidak kisah untuk meninggalkan Nou Camp sekiranya itu perkara yang diperlukan untuk memulihkan Barcelona.

“Ini bukan kali pertama, kali kedua atau kali ketiga (menyedari). Kami (Barcelona) tidak berada di landasan yang betul,” kata Pique.

Sekurang-kurangnya Pique berkata jujur mengenai apa yang berlaku, dan tanggungjawab beliau selaku pemain.

Bagaimana pula dengan Messi? Tidak kah beliau sekurang-kurangnya turut perlu mengambil tanggungjawab selaku kapten?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.