Sebelum ini Cristiano Ronaldo menyatakan beliau sedang mencari Edna. Seorang gadis (kini dah wanita) yang bekerja di sebuah McDonald’s bersebelahan stadium di Lisbon, tempat Ronaldo bermain bola.
Edna dan 2 rakannya seringkali memberikan Ronaldo dan dan rakan-rakannya burger McDonald’s.
Ronaldo Mengakui mereka kerap pergi ke belakang restoran makanan segera itu sekitar 10.30 ataupun 11 malam dan mengetuk pintu, bertanya sama ada masih ada lebihan burger di situ.
Edna dahulunya bekerja di sebuah McDonald’s di Lisbon. Ketika itu Ronaldo sangat lapar dan meminta burger daripada pekerja di sana.
Edna dan 2 lagi rakannya, sangat baik hati telah memberikan Ronaldo burger.
“Ketika itu, lewat malam dalam 10.30 atapun 11 malam, kami agak kelaparan. Ada McDonald’s di situ, bersebelahan dengan stadium. Kami selalu ke belakang dan mengetuk pintu, jika ada orang di dalam, dan kalau-kalau ada lagi baki burger.”
“Edna dan 2 lagi gadis rakannya menolong kami. Dan selepas itu, saya tidak pernah bertemu dengan mereka lagi.”
“Kini, restoran itu sudah tiada lagi. Sudah ditutup. Saya tanya beberapa orang di Portugal, dan mereka menyatakan McDonald’s itu sudah tutup.”
Finding Edna: The girl who offered @Cristiano a burger before he was a global football icon.https://t.co/nDPfkFJ0J2
— News18.com (@news18dotcom) September 19, 2019
“Saya mahu ambil kesempatan menggunakan sesi temuramah ini untuk mencari Edna. Supaya saya boleh memberikan beliau sesuatu sebagai pulangan di atas kemuliaan beliau.”
“Jika saya dapat bertemu dengan Edna, saya akan sangat gembira.”
“Saya mahu menjemput mereka ke Turin ataupun Lisbon untuk makan malam bersama dengan saya, kerana saya mahu membalas jasa mereka. ”
“Ini kerana saya sangat menghargai apa yang mereka lakukan ketika itu, dan saya tidak akan sesekali melupakan jasa mereka.”
Terbaru, salah seorang daripada rakan Edna, iaitu Paula Leca tampil. Beliau mengakui akan perkara itu.
Paula merupakan ibu kepada 2 anak memberitahu salah sebuah stesen radio di Portugal, bahawa mereka memang selalu memberikan Cristiano Ronaldo hamburger dan makanan.
Paula Leça, a mulher do momento, esteve n'As Três da Manhã com o jornalista Rui Viegas para aceitar o convite para jantar de @cristiano. Venha de lá essa jantarada! 😀🍔🍟🥤⚽🏆 #FindEdna #Ronaldo #CristianoRonaldo #BolaBranca #Renascença #AparComOMundo pic.twitter.com/RDMuHd5omq
— Renascença (@Renascenca) September 20, 2019
Beliau salah seorang daripada 3 gadis dimaksudkan Ronaldo itu dan menyatakan beliau sangat berbesar hati menerima jemputan makan malam oleh Cristiano Ronaldo.
“Mereka kerap muncul di restoran. Apabila ada lebihan hamburger yang tak dijual, pengurus kami ketika itu memberikan kebenaran untuk memberikan ia kepada mereka.”
“Salah seorang daripada kanak-kanak lelaki itu ialah Cristiano Ronaldo, budak yang paling pemalu di antara mereka. Perkara ini berlaku hampir setiap malam.”
“Saya masih tersenyum dan ketawa apabila mengenangkannya. Saya sudah pernah memberitahu anak lelaki saya tentang perkara itu. Namun dia sukar untuk membayangkan ibunya pernah memberikan hamburger Kepada Cristiano Ronaldo.”
“Suami saya pun sudah tahu cerita ini. Kerana ketika beliau mengambil saya pulang kerja pada malam, suami saya pun pernah melihat Ronaldo.”
“Agak kelakar untuk mengenang kembali perkara yang berlaku sudah sekian lama. Ia menunjukkan sifat kemanusiaan beliau (Ronaldo). Sekurang kurangnya orang akan tahu ini bukan cerita rekaan.”
“Jika Ronaldo jemput saya untuk makan malam, saya akan pergi. Perkara pertama yang saya akan buat adalah, ucap terima kasih dan kemudian mahu bercerita kembali akan peristiwa itu ketika makan malam.”
Paula Leca says she is the one who fed Cristiano Ronaldo and his friends when they asked for food 🍔❤️🙌https://t.co/FyLMl7dNxD
— GiveMeSport (@GiveMeSport) September 20, 2019
Suami Paula Leca, Jose Costa kemudiannya menyatakan beliau berhubung dengan bekas pengurus Edna. Namun mereka gagal berhubung (lost contact) dengan Edna, telah lama.
Costa menulis di Facebooknya: “Saya sedang memikirkan tentang roda kehidupan. Saya sebelum ini tak percayakan karma itu wujud. Dan kini saya mulai percayakannya.”
Semoga 2 lagi wanita yang dicari Ronaldo itu tampil pula selepas ini.