Mino Raiola meneruskan perangnya dengan Manchester United. Raiola kecewa dengan laporan beberapa media pro Manchester United yang menuduh beliau sebagai punca kegagalan perpindahan Erling Haaland ke kelab gergasi England itu.
Laporan oleh Manchester Evening News menuduh Raiola meminta memasukkan klausa pelepasan dan membuatkan Man United tidak berminat berbincang dengan mereka lagi.
Full story on why United refused to meet Mino Raiola's proposed terms of Erling Haaland's transfer #mufc https://t.co/Dg5AcFdVRa
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) December 29, 2019
Raiola kemudian menegaskan, Haaland menentukan sendiri perpindahannya dan beliau hanya menasihatkan pemain itu kelab mana yang lebih bagus untuk kariernya.
Raiola melihat Borussia Dortmund sebagai kelab terbaik untuk membangunkan bakat pemain itu berbanding dengan Manchester United.
Ini kerana menurut Raiola, layanan Manchester United kepada Pogba adalah teruk. Cara mereka membangunkan pemain itu juga teruk sehingga Pogba bergelut dengan prestasi.
Malah, Mino Raiola turut mengutuk tanpa belas Manchester United dengan menyatakan, jika diberika Pele atau Maradona, ketika mereka masih di kemuncak prestasi pun, kedua dua pemain akan melingkup di Manchester United.
Raiola juga menegaskan beliau mahu mengelakkan sebarang urusan dengan Manchester United selepas ini. Dan gembira Erling Haaland menyertai Borussia Dortmund.
Raiola tidak gembira dengan layanan Manchester United dengan Pogba. Pemain itu terus dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford.
Raiola berkata kepada La Repubblica: “Hari ini, saya tidak mahu lagi membawa mana mana pemain ke sana. Mereka ni perosak. Mereka akan merosakkan pemain seperti Diego Maradona, Pele, ataupun Maldini sekalipun.”
“Paul perlukan pasukan dan kelab terbaik seperti Juventus.”
Mino Raiola menafikan dakwaan kononnya Manchester United tidak begitu berminat dengan Erling Haaland kerana beliau. Sebaliknya menurut Raiola, Manchester United lah kelab yang paling banyak bercakap dengan Erling Haaland menerusi beliau sebagai ejen pemain.
“Kalau anda mahu tahu, kelab yang paling banyak berhubung secara terus dengan Erling Haaland adalah Manchester United.”
“Mereka pasukan yang paling banyak bercakap dengan dia. Kami memang benarkan mana mana pihak bercakap dengan pemain kami. Terutama sekali pemain itu memang kenal dengan Ole Gunnar Soslkjaer.”
“Cuma jelas sekali Erling Haaland rasakan ini bukan masa yang sesuai dan Manchester United bukan kelab yang betul untuknya. Ini tiada isu dengan menentang atau tak suka dengan Manchester United ataupun Ole.”
'Paul Pogba needs a team and a club like the first, Juventus. They are covering their own loss and that I find strange and disappointing'
Looks like Raiola is up to his old tricks…🤔https://t.co/FD4cXavJD8
— SPORTbible (@sportbible) December 31, 2019
“Beliau memilih Borussia Dortmund berbanding kelab lain. Dan saya gembira kerana saya percaya Borussia Dortmund adalah kelab yang terbaik buat beliau ketika ini.”