Leon Goretzka bukan satu-satunya pemain Bayern Munich yang melalui perubahan fizikal yang menakjubkan sejak beberapa bulan yang lalu.
Begitu juga dengan Phillipe Coutinho yang sebelum ini maintain slim sejak di era bersama Inter Milan, sebelum menyertai Liverpool dan Barcelona.
Pemain antarabangsa Brazil itu kini tampak berotot jika perbandingan gambar yang tular di media sosial ini menjadi perbandingan.
BEAST MODE.
Hard work pays off. Leon Goretzka 🏆💪#UCLfinal pic.twitter.com/qeS41Dbp53
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 24, 2020
Tidak ketinggalan juga beberapa pemain lain seperti Robert Lewandowski dan juga pemain yang digelar Road Runner, Alphonso Davies yang menyerlah ketika perlawanan menentang Barcelona di separuh akhir Champions League tempoh hari.
Jadi apakah rashia di sebalik transformasi fizikal yang dilalui oleh pemain-pemain di Bayern Munich? Rahsianya agak mudah sebenarnya. Disiplin dan sikap profesional.
Goretzka misalnya – pemain tengah box-to-box berusia 25 tahun – sebelum ini merupakan pemain yang kurus kering ketika bersama Schalke.
the picture that explains it all. pic.twitter.com/TYJbquNASF
— KURTWEETY (@KurtLaduma) August 24, 2020
Pada Julai lalu ketika Bundesliga disambung kembali, pemain antarabangsa Jerman ini mendedahkan apakah yang beliau dan rakan sepasukan lain telah lakukan ketika perintah berkurung (lockdown) sehingga mengalami perubahan tersebut.
“Pada saya lockdown ibarat satu krisis dan juga satu peluang,” ujar Goretzka kepada Bild dalam satu temubual.
“Ianya adalah krisis kerana anda akan merindui bola sepak dan latihan bersama rakan-rakan. Tetapi ia juga peluang untuk membina otot dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak fisioterapi.
“Dalam perlawanan penting dan getir, ianya penting untuk memiliki fizikal dan mental yang mantap. Berat [dari otot] membantu saya ketika melakukan hadangan.
What are Bayern Munich feeding their players?! 💪 😳 pic.twitter.com/5zTBNP3su2
— ESPN FC (@ESPNFC) August 27, 2020
“Ia memberikan saya lebih banyak keseimbangan badan dan lasak. Bukan sahaja dalam situasi satu lawan satu, tetapi juga ketika perebutan bola di udara.”
Perkara sama juga dilalui oleh pemain-pemain lain di dalam skuad Bayern Munich yang diberikan bantuan oleh pakar fisioterapi mereka untuk melakukan latihan dari rumah sepanjang tempoh perintah berkurung.
Selain daripada latihan, sikap juga merupakan kunci utama kepada perubahan ini. Anda tidak akan mampu mengekalkan kecergasan dan memiliki badan berotot yang mantap jika tidak mempunyai disiplin.
From scrawny Blackburn target to ‘The Body’ – Robert Lewandowski’s diet and workout stunned Pep Guardiola and help him maintain sensational goal record https://t.co/0tUw71I1Sy ⟶ via https://t.co/0I4IIflkwI pic.twitter.com/yckq1gd4nI
— Bitcoin Sportsbook 🥇 (@SportsbookBTC) May 11, 2020
Pep Guardiola pernah memuji sikap Lewandowski mengenai perkara ini, dan bercerita bagaimana sikap profesional penyerang dari Poland itu mempengaruhi pemain-pemain muda lain di Bayern Munich.
“Beliau [Lewandowski] adalah pemain paling profesional pernah saya kendali,” ujar Guardiola kepada AS pada 2016.
“Di dalam kepalanya, beliau hanya memikirkan jenis makanan yang sesuai, tidur, dan latihan: 24 jam sehari. Beliau sentiasa di sana, tidak pernah cedera, kerana beliau memberikan fokus kepada perkara sebegini.
“Beliau sentiasa tahu apakah keutamaan dan apa perkara yang penting untuk berada di tahap terbaik.”