Ragbi, Inspirasi Daripada Gurauan Williams Ellis Ketika Bermain Bola Sepak

Sukan ragbi antara sukan yang paling popular di dunia. Di Malaysia, sukan ini sudah lama dimainkan dan memiliki peminat tegarnya yang tersendiri.

Sukan yang dianggap ‘sukan lelaki sebenar’ ini adalah sukan lasak yang sangat fizikal. Sukan ini asalnya dimainkan seperti bola sepak biasa tetapi pemain boleh menggunakan tangan untuk menjaringkan gol.

BAGAIMANA IA BERMULA?

Pada 1823, William Webb Ellis adalah budak Sekolah Rugby (nama tempat, bukan merujuk kepada sekolah sukan) telah bermain bola sepak dengan rakannya di dalam padang. Sukan ini digelar ragbi juga kerana nama sekola Ellis tersebut.

Ellis telah membuat idea nakal. Ketika rakan-rakannya sedang menikmati bola sepak, tiba-tiba Ellis menangkap bola tersebut dan melarikannya dengan tangan untuk menjaringkan gol.

Foto – KPI Rugby

Akibat geram, 4 rakannya mengejar Ellis dan cuba menghambatnya untuk mengelakkan Ellis daripada sampai ke gawang gol.

Berlaku aksi rempuhan fizikal, tarik-menarik di antara mereka. Ellis berlari menuju gawang dan menjaringkan gol. Perbuatan Ellis dan rakan-rakannya ini telah membuatkan ramai pelajar di Sekolah Rugby bermain bola sepak versi menggunakan tangan.

Ia menarik perhatian Guru Besar mereka, Thomas Arnold yang mengambil inisiatif cuba menjadikannya satu sukan baru, cabang daripada bola sepak.

PERANAN CAMBRIDGE DAN OXFORD

Pada awalnya mereka menggelarnya Rugby Football ataupun bola sepak ragbi. Pada 1857, Tom Hughes menghasilkan buku berjudul Tom Brown’s School Days. Buku berpengaruh yang menceritakan pengalaman beliau ketika membesar di sekolah dengan sukan ragbi.

Hughes dengan nada bangga menyifatkan sukan bola sepak ragbi ini sebagai sukan lelaki sebenar. Beliau menceritakan bagaimana beliau berlatih menjadi ‘jantan sebenar’ pada usia muda.

Buku ini popular di kalangan pelajar termasuk pelajar Oxford dan Cambridge. Ketika itu perkembangan pesat sukan lain seperti kriket juga semakin hangat selain daripada bola sepak.

Guru-guru di sekolah mulai menjadikan sukan sebagai sebahagian aktiviti penting di sekolah. Penggemar ragbi semakin meningkat dan mereka mulai memainkan propaganda kehebatan sukan ini.

Bola asal ragbi adalah berbentuk bulat seperti bola sepak. Sebelum adanya peraturan, permainan ini dimainkan oleh 75-220 pemain dalam satu masa di dalam padang dengan ada perlawanan yang bersambung dan berlarutan sehingga 5 hari.

Padang ragbi pada asalnya dimainkan di mana-mana sahaja dengan rumput rata bukanlah aspek penting. Sehinggalah pada awal 1870-an ragbi dimainkan dengan peraturan yang lebih sistematik dan kemudiannya padang yang lebih rata.

Perkembangan sukan ini terus merebak di Cambridge dan Oxford. Mereka mengadakan perlawanan ragbi yang sistematik yang pertama pada 1872 dengan 20 sebelah.

Graduan di Cambrigde dan Oxford kemudiannya menubuhkan pasukan ragbi mereka sendiri. Graduan ini yang membawa sukan ragbi ini keluar ke negara seperti Scotland, Wales dan Ireland.

Sukan ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat berbilang latar belakang dan tempat.

BERKEMBANG PESAT

Kelab ragbi pertama ditubuhkan pada 1868 bernama Blackheath. Semakin banyak kelab ditubuhkan di Ireland dan Scotland. Antaranya ialah kelab ragbi University of Dublin pada 1854.

Blackheate – Foto – Black And Blue

Pada 1860-an beberapa pegawai liga bola sepak telah mencadangkan beberapa peraturan. Sukan ragbi juga mulai melihat perkembangan taktikal dalam bola sepak dan mereka mulai mengambil inisiatif untuk memajukan sukan ini sendiri.

FA England (bola sepak) mencadangkan agar taktik seperti ‘hacking’ dilarang dalam suka ragbi kerana ia terlalu bahaya. Hacking merujuk kepada taktik menendang pemain lawan di kaki ketika mereka sedang berlari.

Namun pemain ragbi F.W Campbell dari Blackheath telah membantah cadangan itu kerana menganggap sukan ragbi jadi tak cukup jantan jika hacking dilarang.

Namun begitu, sepelas kematian seorang pemain Richmond ketika sesi latihan pada 1871. Sukan ragbi dikritik sebagai sukan pembunuh.

Richmond dan Blackheath mengadakan mesyuarat tergempar dan mewujudkan peraturan-peraturan khas untuk ragbi yang lebih sistematik. Ahli yang menghadiri mesyuarat ini telah mewujudkan Rugby Football Union (RFU).

Taktik seperti hacking dilarang sama sekali. Namun, pada awalnya Sekolah Rugby menolak untuk menyertai RFU ini. Mereka ada ego sendiri sehinggalah 1890.

Dengan penambahbaikan peraturan pada 1871 ini, sukan ragbi bertapak kukuh sekali lagi. Banyak peraturan diubah. Daripada 20 pemain kepada 15 pemain satu pasukan. Daripada 50 minit – 50 minit setiap babak kepada 40-40 minit setiap babak.

Golongan elitis Inggeris kemudian menyebarkan sukan ini ke negara-negara komanwel termasuk Afrika Selatan, Australia, dan New Zealand. Ia kemudiannya berkembang pesat ke seluruh dunia.

Perlawanan ragbi antarabangsa anjuran RFU dilangsungkan pada 27 Mac 1871 di antara Scotland dan England. 4,000 penyokong hadir.  Ireland kemudian menyertai acara tahunan ini dan menggelarnya sebagai perlawanan ‘Home Nations’.

Foto – Electric Scotland

Ini merujuk kepada 3 negara ini telah menjadi pencipta sukan ragbi. Seperti mana Thailand dan Malayia yang boleh mewujudkan perlawanan sepaktakraw home nations.

Terma caps juga berasal daripada sukan ragbi yang dimulakan di Rugby School yang kini digunakan di dalam bola sepak.

Selepas era 1900-an, sukan ragbi menjadi salah satu sukan utama di dunia. Ramai bintang ragbi yang terkenal lahir selepas itu . Banyak kejohanan ragbi berprestij dengan pelbagai format dianjurkan.

SUMBER

Rugby School

Historic UK

Black And Blue

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.