PV Sindhu berjaya menjadi pemain Indian pertama menjuarai Kejohanan Dunia BWF selepas menewaskan Nozomi Okuhara dalam acara perseorangan.
Dalam final yang berlangsung di Basel sebentar tadi, PV Sindhu menewaskan Okuhara dalam 2 set, 21-7, dan 21-7. Ianya bukan aksi terbaik oleh Nozomi Okuhara pada hari ini.
Pengulas perlawanan menyifatkan aksi final kali ini adalah ‘one way traffic’ memihak kepada Sindhu.
PV Sindhu turut menjadi pemain ke-2 yang memiliki 5 pingat dalam kejohanan dunia. Cuma kali ini lebih manis ianya adalah kilauan emas.
Ianya mengambil masa 110 minit untuk PV Sindhu mengibarkan bendera India di tingkat tertinggi pada podium Kejohanan Dunia.
Sindhu diletakkan sebagai pilihan ke-5 dalam kejohanan kali ini. Manakala Nozomi Okuhara adalahh pilihan ke-3.
Kawalan gelanggang yang sangat baik dengan fizikal yang baik, adalah kunci utama kejayaan PV Sindhu.
PV Sindhu dianggap sebagai antara atlet dari India yang sangat konsisten dalam acara major. Beliau memenangi pingat perak di Rio 2016.
Seterusnya, pada 2017, Sindhu memenangi pingat perak dalam kejohanan dunia, tewas kepada Okuhara.
Sindhu turut memenangi:
Asian Games 2018 – Perak
World champs 2018 – Perak
Tahniah kepada PV Sindhu.