Arsenal merupakan pasukan yang dianggap pencabar kejuaraan liga pada awal musim. Mana tidaknya, mereka sangat aktif dalam pembelian pemain pada jendela perpindahan yang lalu.
Ini termasuk membawa masuk Messi Ivory Coast iaitu Nicolas Pepe ke dalam pasukan mereka. Namun begitu, dalam beberapa perlawanan terakhir mereka Arsenal bergelut dengan prestasi.
Malah ramai penyokong mereka mulai bengang dengan prestasi semasa Arsenal di bawah kendalian Unai Emery.
Penyokong mulai mempertikaikan kemampuan pengurus itu untuk membawa Arsenal kembali ke kelompok elit pasukan di Eropah seperti yang mereka cita-citakan.
Unai Emery dianggap tidak tahu apa yang sedang lakukan dengan pasukan yang memiliki pemain berkualiti seperti Aubameyang dan Lacazette.
Everton pula pasukan yang turut mendapatkan ramai nama besar dalam beberapa jendela perpindahan kebelakangan ini.
Mereka membelanjakan sejumlah wang yang agak besar berbanding dengan pasukan-pasukan lain.
Namun prestasi Everton masih lagi gagal menambat hati para peminat. Sepeerti Arsenal, mereka turut melancarkan kempen mahu Marco Silva berambus.
Dalam satu analisis previu pasukan Everton, Danny Mills pula buat hal dengan meletakkan Arsenal sebagai lawan paling mudah Everton selepas ini.
Mills cuba melihat lawan Everton dalam 6 perlawanan mereka selepas ini.
Mills menganalisis kesukaran Marco Silva untuk mepertahankan jawatannya selepas ini. Hal ini kerana tekanan dihadapi Silva ketika ini dalam usaha menyelamatkan jawatannya.
Silva ketika ini masih gagal untuk meyakinkan penyokong Everton bahawa beliau pegurus tepat untuk Everton. Malah ada yang meminta agar pengurusan membawa balik David Moyes.
Ketika ini Everton di tangga ke-16 selepas 4 kemenangan 2 seri dan 7 kekalahan.
Menurut Mills, Everton akan berhadapan dengan kesukaran kerana ada 5 perlawanan paling sukar di antara 6 perlawanan akan mereka lalui setakat ini.
Berikut adalah darjah kesukaran yang dihadapi Everton selepas ini, menuru Mills:
Leicester – perlawanan sangat sukar
Chelsea – perlawanan sangat sukar
Liverpool – perlawanan sangat sukar
Manchester United – perlawanan sangat sukar
Leicester – perlawanan paling sukar
Arsenal – kelihatan yang paling mudah
https://twitter.com/i/status/1199817637074739201
Mills jelas sekali mengundang persoalan. Kerana Arsenal ketika ini berada di kedudukan lebih baik daripada Manchester United di atas carta liga.
Adakah Mills merasakan Everton lebih sukar berhadapan dengan Arsenal berbanding dengan Manchester United.
Adakah anda setuju dengan Danny Mills? Ataupun anda tidak rasa bahawa Arsenal lawan paling mudah untuk Everton berbanding dengan pasukan-pasukan lain.