Penyerang Norwich, Teemu Pukki telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris bulan Ogos 2019.
Pemain berusia 29 tahun itu mengalahkan Ashley Barnes dari Burnley, Roberto Firmino dari Liverpool dan trio Manchester City, Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne.
The @premierleague August #POTM is Teemu Pukki! SBC will be available soon, in #FUT20. pic.twitter.com/RgtUrUNx3o
โ EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) September 13, 2019
Pukki merupakan pemain yang ditandatangani secara percuma daripada Brondby pada 2018. Beliau menjaringkan 5 gol daripada 4 perlawanan sepanjang bukan Ogos. Ini termasuk hatrik ke atas Newcastle.
Selain itu kelincahan Pukki turut membolehkan beliau mencipta satu assist sepanjang Ogos yang lalu.
Pada musim lalu, Pukki yang berasal dari Finland menjadi permain terbaik serta penjaring terbanyak untuk Liga Championship.
Kehebatan aksi Pukki awal musim ini sangat menarik perhatian. Beliau turut menembusi gawang 2 pasukan big 6 iaitu Liverpool dan Chelsea.
Paling unik, Teemu Pukki menjadi pemain pertama dalam sejarah kelab Norwich City, memenangi anugerah ini.
Teemu Pukki is the first Norwich player to be named Premier League Player of the Month since the award was introduced in the 1994/95 season.
Goat by name, GOAT by nature.
๐๐ pic.twitter.com/Gr5iQZ2sXR
โ Coral (@Coral) September 13, 2019
Aksi cemerlang beliau membolehkan beliau membantu pasukannya untuk menyesuaikan diri secepat mungkin dengan iklim EPL.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp
pula, menjadi Pengurus Terbaik EPL bagi bulan Ogos. Ini selepas kejayaan Klopp memacu Liverpool dengan 4 kemenangan daripada 4 perlawanan pembukaan.
Congratulations, boss! ๐
The @premierleague Manager of the Month for August ๐
โ Liverpool FC (@LFC) September 13, 2019
Klopp menewaskan 3 calon lain iaitu Roy Hodgson, Brendan Rodgers dan Pep Guardiola.