PSSI Dimahkotakan Anugerah Federasi Bola Sepak Terbaik Asia Tenggara

Tiada apa lagi yang dapat menafikan kemantulan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia. Ini apabila mereka diiktiraf sebagai Federasi Bola Sepak terbaik di rantau Asia Tenggara.

PSSI mengenepikan cabaran pencabar lain tanpa sebarang masalah. Ini termasuk Vietnam yang berjaya membantu pasukan negara mereka menempatkan diri dalam 100 teratas FIFA.

FAT Thailand turut hanya mampu bertepuk tangan walaupun konsisten menghantar pasukan yang bersaing di peringkat kelab dan antarabangsa.

PSSI menerima anugerah tersebut menerusi Sekretaris Jenderal (Sekjen) PSSI iaitu Ratu Tisha Destria.

Walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi, itu bukan halangan untuk PSSI menjadi yang terbaik.

Antaranya, insiden rusuhan penyokong. 2 insiden terbaru iaitu ketika aksi menentang Malaysia di Stadion Gelora Bung Karno. Dan terbaru kes kekacauan penyokong di stadium calon venue Piala Dunia Belia 2021 iaitu Stadion Gelora Bung Tomo.

PSSI baru sahaja bangkit daripada penggantungan FIFA beberapa tahun lalu. Mereka kini berusaha untuk menaikkan lagi martabat bola sepak Indonesia.

PSSI berjaya mendapatkan hak penganjuran dengan cemerlang. Ini bukti PSSI memang berwibawa.

Ratu Tisha dengan pantas menyatakan insiden itu tiada kaitan dengan persiapan mereka untuk menganjurkan Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2021.

PSSI juga berbesar hati apabila seorang pemain kebangsaan mereka dipilih dalam AFF Best XI 2018.

Anugerah AFF kali ini didomimnasi Vietnam. Pemain terbaik dimenanangi Nguyen Quang Hai. Dan jurulatih Vietnam, Park Hang Seo menang Anugerah Jurulatih Terbaik.

Berikut senarai penuh pemenang:

Pemain Muda Terbaik: Suphanat Muenta (Thailand)

Pasukan Futsal Terbaik: Thailand

Pemain Futsal Terbaik: Tran Van Vu (Vietnam)

Ahli Federasi Terbaik AFF: PSSI (Indonesia)

Pasukan kebangsaan terbaik lelaki: Vietnam

Pasukan kebangsaan terbaik wanita: Thailand

Jurulatih pasukan lelaki terbaik: Park Hang-seo (Vietnam)

Jurulatih pasukan wanita terbaik: Nuengrutai Srathongvian (Thailand)

Gol Terbaik AFF: Muhammad Syahmi Safari (Malaysia)

AFF National Team of The Year: Dang van Lam (Vietnam); Muhammad Syahmi Safari (Malaysia), Que Ngoc Hai (Vietnam), Muhammad Safuwan Baharuddin (Singapura), Korrakot Wiriyaudomsiri (Thailand); Stephan Shrock (Filipina), Mohamed Syamer Kutty Abba (Malaysia), Sanrawat Dechmitr (Thailand), Riko Simanjuntak (Indonesia); Norshahrul Idlan (Malaysia), Nguyen Quang Hai (Vietnam)

Pemain wanita terbaik: Pitsamai Sornsai (Thailand)

Pemain lelaki terbaik: Nguyen Quang Hai (Vietnam)

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.