Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan tegas ke atas 2 bekas tekong kebangsaan iaitu, Syahir Rosdi dan Zulkifli Razak.
PSM telah menjatuhkan hukuman gantung 2 tahun ke atas kedua-dua mereka. Dan hukuman itu berkuat kuasa 27 Jun yang lalu.
Hukuman gantung itu akan membuatkan Syahir dan Zulkifli dilarang untuk terlibat ataupun bermain pertandingan sepaktakraw di dalam dan di luar negara.
Seterusnya, mereka juga diarahkan melakukan khidmat khas dalam membantu pembangunan sepaktakraw negara. Ianya perlu dilakukan dalam masa 30 jam. Buat masa ini PSM masih membicangkan, apa yang harus dilakukan oleh pemain-pemain terebut.
2 tekong kebangsaan digantung dua tahunhttps://t.co/QhUPS4blI9 pic.twitter.com/hTK04Ic8V6
— Berita Harian (@bharianmy) October 14, 2019
Syahir dan Zulkifli sebelum ini disingkirkan dari skuad kebangsaan kerana masalah disiplin. Namun begitu, mereka berdua menafikan salah laku tersebut.
Dan kemudiannya, kedua-dua pemain tersebut mengumumkan persaraan dari dunia sepaktakraw profesional.
Bercakap kepada Astro Arena Syahir berkata: “Kami nak bermain untuk Malaysia, mengharumkan nama negara.
“Tetapi pengurusan buat sesuka hati, buang pemain tanpa sebab. Elaun kami dipotong separuh, jadi saya fikir tidak main sepaktakraw pun tidak mengapa, mereka (PSM) boleh ambil duit elaun itu,” kata Syahir.
Menurut Zulkifli pula,” Kami sudah minta dilepaskan dengan cara baik tetapi dituduh pula terlibat dengan masalah disiplin. “Kami tidak akan berbunyi kalau dilepaskan dengan cara baik.”
Kedua-dua mereka kemudian menganggap tindakan PSM mengenakan pertuduhan tidak berdisiplin sebagai keterlaluan. Bercakap kepada Metro, Zulkifli berkata: “Apa yang saya mendapat tahu, Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan mengejut mengugurkan kedua-duanya.
“Alasan yang diberikan adalah berkaitan dengan disiplin. Mungkin membabitkan kehadiran semasa latihan selepas cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri tempoh hari,
Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh berkata: “Jawatankuasa Tatatertib PSM bersidang pada 12 Oktober dengan keputusan diangkat dan dibincangkan pada mesyuarat EXCO pada 13 Oktober pada jam 3 petang dengan keputusan sebulat suara diambil.”
Seterusnya kedua-dua pemain tersebut diberikan tempoh 14 hari untuk membuat rayuan kepada PSM, berkuat kuasa daripada tarikh surat dikeluarkan.
Kredit foto: Astro