Paris Saint Germain berkemungkinan menjadi pasukan yang paling jelas untuk menandatangani bintang Juventus, Cristiano Ronaldo musim panas ini.
Menurut laporan dari leading bookies, PSG jelas antara kelab yang paling berpotensi untuk mendapatkan bintang Portugal itu ketika ini.
The old lady telah dikecewakan dalam pentas saingan liga Juara-juara dalam dua musim terakhir ini.
PSG will boast the best XI in world football if Cristiano Ronaldo joins https://t.co/sxRfe4EcAa pic.twitter.com/SiL8WGn8VZ
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 18, 2020
Musim lalu mereka disingkirkan oleh Ajax dan dalam saingan edisi kali ini pula Juventus diaibkan oleh Lyon.
Dalam kekecewaan Juventus di pentas saingan Liga Juara-juara, Cristiano Ronaldo pula sudah berjaya menjulang dua kali kejuaraan saingan Serie A sejak sertai the Old Lady pada tahun 2018.
Menurut Oddschecker, bookie telah mengeluarkan odds dari 7/2 kepada 7/5 bahawasanya Ronaldo akan sertai PSG pada jendela perpindahan kali ini.
Perkara itu mengukuhkan dakwaan bahawa Cristiano Ronaldo sudah hampir pasti bakal ditandatangani oleh gergasi Perancis itu.
Ia bergantung kepada nilai yang disediakan kepada Thomas Tuchel untuk jendela perpindahan pemain musim panas nanti.
52% pertaruhan telah dilakukan dan menyokong bahawa Cristiano Ronaldo bakal sertai pasukan yang akan turun dalam perlawanan akhir liga Juara-juara musim ini menentang Bayern Munich itu.
Juventus dilaporkan mahu melepaskan bintang berusia 35 tahun itu kerana merasakan mereka tidak mampu untuk membayar gajinya yang mencecah €31 juta setahun.
Breaking: Cristiano Ronaldo on his way PSG In a Mega Summer Transfer https://t.co/mkOfFBYckc
— THE OBSERVERS TIMES (@ObserversTimes1) August 19, 2020
Sekiranya beliau menyertai PSG, pastinya sangat menarik untuk melihat bagaimana mantapnya gandingan antara Ronaldo, Neymar dan Kylian Mbappe di bahagian serangan pasukan.
Cristiano Ronaldo juga dilaporkan mungkin akan sertai pasukan Inter Miami milik David Beckham sekiranya pemenang lima kali Ballon d’or itu tidak menyertai mana-mana pasukan lain.
Cristiano Ronaldo juga mungkin akan kembali ke Real Madrid atau Manchester United untuk menamatkan kariernya bersama kelab kesayangan beliau.
Berikut merupakan odds yang memperlihatkan kelab kegemaran yang mungkin akan menandatangani Cristiano Ronaldo musim panas nanti.
PSG – 7/5
Inter Miami – 10/3
Any English Club – 4/1
Real Madrid – 15/2
Manchester United – 9/1
Bayern Munich – 9/1
Sporting Lisbon – 18/1
“kegagalan Juventus untuk menjuarai saingan liga Juara-juara di bawah kendalian Maurizio Sarri tidak akan mengganggu Cristiano Ronaldo, tetapi di usia sudah 35 tahun, pastinya bintang Portugal itu mahukan cabaran yang baru dalam kariernya.”
Jelas Callum Wilson dari Oddschecker.
Juventus could 'cash in' on Cristiano Ronaldo in PSG transfer for just £54million https://t.co/MQL6VAezfe pic.twitter.com/VPmpHYUWa6
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) August 18, 2020
“Jelas mana-mana pasukan yang mahukan beliau tidak akan rugi apa-apa, mungkinkah kekayaan PSG boleh memancing beliau untuk ke sana?”
Jelasnya lagi.
Kecundangnya Juventus dari saingan Liga Juara-juara menyebabkan pengurus pasukan Maurizio Sarri dipecat dan tempatnya telah digantikan oleh legenda kelab, Andrea Pirlo.
Gazzetta dello Sport telah mendakwa bahawa Ronaldo telah diberi kebebasan untuk lebih menumpukan bahagian serangan dan tidak perlu memikirkan untuk bertahan.
PSG now favourites to land shock Cristiano Ronaldo transfer https://t.co/Bg4bvGqoS3
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) August 18, 2020
Dengan itu Ronaldo sudah pasti boleh memberi tumpuan untuk menjaringkan gol dan memberikan sesuatu kepada kelab.
Adakah beliau akan kekal di Juventus dengan kelonggaran dan kelebihan yang diberikan atau beliau akan tertarik dengan tawaran mewah yang bakal diberikan kepadanya?