PS5 Sah Bakal Temui ‘Gamers’ Tahun Hadapan

Sony secara rasminya menggelarkan konsol mereka yang seterusnya dengan nama PlayStation 5. Dan ia akan dilancarkan pada 2020 yang akan datang, pada musim cuti.

Ia merujuk kepada cuti Hari Natal. Jadi anda boleh menjangkakan ia dikeluarkan pada Disember 2020.

Arktitek sistem PS4, Mark Cerny, pada April lalu mengesahkan bahawa syarikat dari Jepun itu sedang dalam proses menyiapkan konsol baharu.

Ketua Eksekutif Sony, Jim Ryan menggunakan PlayStation Blog untuk mengumumkan bahawa PS5 akan menemui peminatnya pada 2020 akan datang.

Ryan dalam kenyataannya berkata: “Salah satu daripada matlamat kami dengan generasi seterusnya adalah untuk mendalamkan lagi penghayatan ketika kamu bermain permainan video. ”

“Dan kami ada peluang melakukannya dengan ‘controller’ baharu untuk meingimiginasi semula, sentuhan dan juga kelancarannya.”

Techradar melaporkan ini adalah rekaan Sony PS5 yang tertiris, siap dengan sistem ventilasi.

Daripada gambaran di atas, sudah banyak portal yang merasakan ini adalah bentuk PS5 yang bakal keluar kelak.

‘Controller’ yang baharu adalah kunci utama kepada konsol PS5. PlayStation 5 akan memiliki getaran haptik yang yang akan berubah-ubah berdasarkan jenis aktiviti dalam permainan.

Buat masa ini tiada nama lagi untuk controller yang baru, Cerny hanya mampu menamakannya Dualshock 5, itu bukan nama rasmi. Dualshock 5 juga akan menggunakan jenis kabel type C untuk pengecasan lebih efisien dan mudah.

Kapasiti bateri akan lebih besar dan para pemain boleh bermain menerusi sambungan kabel. Ianya lebih ringan daripada controller Xbox yang ada bateri di dalamnya.

Jaminan oleh Cerny, para pemain akan merasai perbezaan dan pengalaman yang lebih baik. Misalnya, apabila memukul dinding dengan kereta, getaran itu akan berbeza daripada terlanggar seseorang dalam bola sepak.

Apabila anda menembak menggunakan mesin gan, ianya berbeza dengan rasa menembak dengan pistol mahupun menggunakan panah.

Konsol PS5 akan dipacu processor generasi ke 3 dari AMD Ryzen 8 core dengan fabrikasi 7nm, microarchitecture Zen 2 dengan 3D audio.

Dipetik dari sumber WIRED, Mark Cerny menyatakan: “Konsol generasi akan datang, para pengguna tidak akan lagi mengeluh isu audio seperti mana PS4. Di mana kualiti bunyi audio akan lebih baik.”

Seterusnya Cerny juga memberitahu bahawa PS5 akan menggunakan grafik 8K dengan GPU Radeon Navi yang mendukung Ray-tracing.

Teknologi ini akan membuat grafik dan gambar yang lebih jelas, dan realisitik.

Selain itu, PS5 juga dijangka hadir dengan SSD untuk membaca dan memindah data dengan cepat. Berita baik untuk pengguna PS4, ada beberapa permainan PS4 akan boleh dimainkan di PS5.

Sumber

Techradar
WIRED

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.