Presiden Porto, Jorge Nuno Pinto Da Costa telah membuat pengakuan yang agak aneh dengan mendakwa wolves telah membayar €40 juta untuk pemain yang hanya ada €10 juta sahaja dalam klausa perlepasannya pada musim panas lalu.
Menurut sumber laporan dari the Athletic, Fabio Silva telah menyertai Wolves dengan nilai perpindahan tertinggi kelab bernilai £35 juta pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.
Pemain penyerang berusia 18 tahun itu merupakan bakat baru yang sangat dikagumi, namun beliau hanya menjaringkan satu gol sahaja untuk Porto sebelum penandatanganan mega ke Wolves.
Wolves striker Fabio Silva has been named in the 20 man shortlist for the Golden Boy award.#WWFC #TalkingWolves pic.twitter.com/BW31z9OKAj
— Talking Wolves (@TalkingWolves) October 15, 2020
Penulis dari The New York Times, Tariq Panja, telah menulis di laman twitter miliknya dengan menyatakan:
“Pengakuan luar biasa dari presiden Porto pada malam ini. Beliau menjelaskan bahawa Fabio Silva hanya ada €10 juta dalam klausa perlepasan beliau namun Wolves membayar €40 juta. Perniagaan yang bagus untuk Porto dan perniagaan yang bagus juga untuk siapa anda tahu?”.
Remarkable claim by Porto president tonight. He said Fabío Silva had €10m clause but Wolves paid €40m. Good business for Porto and good business for you know who. pic.twitter.com/CDWoAFvlkd
— tariq panja (@tariqpanja) October 15, 2020
Orang kedua yang mengaut keuntungan dari penjualan Fabio Silva selain Porto yang dimaksudkan itu adalah ejennya sendiri, Jorge Mendes. Namun dakwaan tersebut agak membingungkan.
Sementara sesetengah pihak mendakwa bahawa berita itu hanya sekadar skandle kontroversi, ada pihak lain yang menganggap berita itu tidak masuk akal.
Menurut mereka, tidak mungkin bakat muda sehebatnya dan antara yang terbaik dalam sejarah kelab yang ada klausa perlepasan bernilai €10 juta sahaja.
Seandainya ianya benar, pastinya memberi kerugian kepada kelab dan memberi keuntungan kepada gergasi Eropah yang lain untuk menandatanganinya dengan nilai yang rendah.
Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Silva, pemain yang dianggap Cristiano Ronaldo muda itu telah menandatangani kontrak baru tahun lalu dan telah dimasukkan klausa perlepasan bernilai €120 juta.
Sepertinya Pinto da Costa hanya memutar belitkan fakta dan mereka cerita untuk melihatkan dirinya sebagai seorang yang bijak dalam perniagaan.
Atau beliau mendapat sedikit lagi dana untuk mengadakan cerita begitu supaya menaikkan lagi nilai untuk pemain muda itu di masa hadapan.
His buyout clause was widely reported at $125m long before Wolves were interested. Porto president is trying to save face for selling all their talent due to financial troubles. Get a clue. https://t.co/EhCFQgYtM9
— Paul (@harfacow) October 16, 2020
Lebih tepat lagi Pinto da Costa seolah menjaga air muka kelab supaya tidak nampak mereka terdesak untuk melepaskan pemain dengan nilai yang rendah kerana menghadapi krisis ekonomi.
Apa pon kebenarannya, semoga Pinto tidak meletakkan nilai klausa perlepasan serendah itu untuk bakat muda mereka di masa akan datang.
Hal ini kerana, nilai €10 juta itu tidak mampu untuk membeli stokin Harry Maguire pon di zaman nilai pemain sedang meningkat naik seperti sekarang.