Presiden Barcelona Buat U-Turn – “Coutinho Boleh Kekal Bersama Barcelona”

Pemain perancang Brazil, Phillipe Coutinho dijangka akan meninggalkan Nou Camp pada jendela perpindahan musim panas ini.

Namun demikian Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu kini membuka pintu untuk kemungkinan bekas pemain Liverpool itu untuk terus kekal di Nou Camp bagi menghadapi saingan musim 2020/21.

Situasi terkini jelas berbeza buat Barcelona apabila Bartomeu seperti terdesak untuk menjual Coutinho pada Jun lalu.

Selepas semusim menyertai Bayern Munich secara pinjaman, Coutinho diramalkan akan dijual kepada kelab Premier League.

Malah pemain ejen iti berkata Coutinho sendiri turut menginginkan perpindahan kembali ke England.

Menurut Bartomeu, masa depan pemian berusia 28 tahun itu kini bergantung kepada kehendak dan keputusan yang akan dilakukan oleh pengurus baharu Barcelona  nanti.

“Ketua jurulatih akan membukan keputusan,” kata Bartomeu ketika disoal wartawan mengenai masa depan Coutinho.

“Jika jurulatih mahu beliau kekal, maka Coutinho akan bermain untuk Barcelona pada musim hadapan.”

Coutinho menjaringkan dua gol untuk membantu Bayern Munich membelasah Barcelona 8-2 di suku akir Champions League pada minggu lalu.

Keputusan perlawanan itu menyebabkan pengurus pasukan Quique Setien dan Pengarah Sukan Eric Abidal telah dipecat.

Skuad Blaugrana kini memerlukan rombakan dengan membawa beberapa muka baharu. Namun Bartomeu mengakui keadaan kewangan kelab menyukarkan aktiviti di pasaran pemain.

“Barca ada duit. Masalahnya adalah bayaran terkumpul untuk gaji. Kelab ada siling untuk pendapatan. Jadi kita kena kurangan dulu struktur gaji sekarang sebelum membawa masuk muka baru.”

Bartomeu turut membayangkan beberapa pemain akan dijual pada jendela perpindahan musim panas ini.

“Saya tidak bercakap perkara tidak baik mengenai sesiapa, dan saya hanya mahu memuji pasukan ini. Mereka telah memenangi kejuaraan selama 12 tahun tanpa henti.

“Tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dengan penuh rasa hormat untuk beberapa pemain,” kata Bartomeu.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.