Presiden Gabon FA Nasihat Aubameyang Tinggalkan Saja Arsenal

Pierre-Emerick Aubameyang dinasihatkan untuk meninggalkan Arsenal untuk memenuhi cita-citanya.

Pemain antarabangsa Gabon itu berhijrah ke Emirates dari Borussia Dortmund pada Januari 2018, dan kini merupakan kapten The Gunners.

Walaupun menampilkan ketajamannya bersama Arsenal, Aubameyang sehingga kini belum memenangi sebarang trofi di England – walaupun berjaya menjaringkan 61 gol dari 97 penampilan.

Beliau akan berusia 31 tahun pada Jun akan dayang, dan masa semakin suntuk untuk beliau memenangi kejuaraan, dan Presiden Gabon FA, Jean-Pierre Mounguengui percaya Aubameyang tidak akan mampu melakukannya jika terus kekal bersama Arsenal.

“Saya timahu berkata Arsenal kelab yang tidak mempunyai cita-cita. Tetapi cita-cita Arsenal tidak setinggi seperti kelab eropah lain,” kata Mounguengui kepada ESPN.

“Jadi jika Pierre boleh memperolehi kontrak dengan kelab yang lebih bercita-cita tinggi, beliau memang akan mampu melakukannya.

“Dari segi kemampuan individu, kita menganggap beliau sebagai salah seorang terbaik di dunia, tetapi nasihat saya ialah supaya beliau terus bekerja keras untuk terus menarik perhatian kelab-kelab gergasi lain yang mempunyai cita-cita lebih tinggi.”

Aubameyang kini bekerja bersama pengurus ketiha, Mikel Arteta sejak tiba di Arsenal. Pasukan London itu kini lapan mata ketinggalan dengan Chelsea yang menduduki tangga keempat EPL.

Kemungkinan untuk Arsenal beraksi di Champions League musim hadapan dilihat sukar, Presiden Ghana FA itu menambah: ‘Aubameyang adalah pemain berkelas dunia, tetapi untuk pemain yang tidak pernah memenangi kejuaraan utama, bola sepak sekadar sukan yang kolektif.

“Buat masa ini beliau bersama Arsenal, dan tidak memenangi apa-apa di sana. Maka ia adalah kegagalan yang kolektif.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.