Jika anda peminat EPL, ini bukan perkara asing untuk anda. Minggu ini EPL kembali dengan kempen pelangi mereka bagi meraikan LGBT dalam bola sepak.
Kempen ini sebenarnya sudah pun memasukki tahun ketiga. Kempen Rainbow Lace ini bertujuan untuk menyokong golongan pemain dan peminat dari golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual(LGBT).
Aktiviti bertemakan Pelangi ini telah bermula pada 21 November 2016 melibatkan semua kelab sukan profesional sehinggalah ke akar umbi. Jadi, tahun demi tahun kempen ini menjadi lebih besar dan memasuki tahun ketiga.
Hal ini kerana lebih banyak dan lebih ramai pihak terlibat dan menyumbang kepada dana.
Liga Perdana (Premier League) telah terlibat secara aktif dalam kempen ini dan akan mempromosikan kempen ini dalam semua perlawanan liga minggu ini.
Kempen ini akan berlangsung untuk seminggu ataupun 2 hari perlawanan.
Kempen ini bagi membela nasib golongan LGBT kerana wujud diskrimasi ke atas golongan ini di dalam stadium. Dalam kenyataan medianya, EPL berkata:
“Bola sepak adalah wadah terkuat yang menyatukan kita semua. Kelab dan komuniti bola sepak akan semakin kuat apabila semua orang tidak terasa terasing untuk datang.”
“Dan ini semua tanggungjawab kita untuk merealisasikannya.”
“Sebab itulah, Liga Perdana Inggeris dengan bangganya berada di belakang Stonewall untuk memperjuangkan kesamarataan dan meraikan perbezaan.”
“Kelab-kelab EPL akan bersama sama-sama mendukung usaha ini dari 3-9 Disember untuk meraikan kempen 2019/20 Rainbow Laces oleh Stonewall.”
It's #RainbowLaces day! 🌈 We want to celebrate that football is for everyone, regardless of sexual orientation or gender ⚽️
Use our teacher resources to show that #ThisIsEveryonesGame https://t.co/97GP2AnT5z@stonewalluk pic.twitter.com/s7U3PG1jJJ
— Premier League Communities (@PLCommunities) November 27, 2019
“Ini untuk menyokong semua puak LGBT bagi memeriahkan bola sepak dan sebagainya.”
Sebagai langkah untuk menandakan minggu pelangi ini, kesemua perlawanan dalam 2 hari peralawanan akan mengibarkan bendera pelangi di penjuru padang.
Seterusnya, pelangi juga akan menjadi tema pada pasu meletak bola, bendera cenderamata, serta pada papan elektronik.
🌈 Backed by the EFL, the Premier League and the FA, our Post 16 Education team are proud to be showing their support at today’s home game against Crystal Palace where spectators will spot rainbow corner flags and #RainbowLaces worn by the players#LearnPlaySucceed #pafc #LGBT pic.twitter.com/yW43ycR9wc
— Argyle Community Trust (@PAFCCommunityTr) November 27, 2019
Anda juga akan melihat semua kapten memakai lilitan lengan kapten dengan warna pelangi.
EPL juga menggunakan logo khas sempena minggu pelangi ini. Kesemua pasukan di EPL diwajibkan untuk terlibat dalam kempen ini termasuk para penyokong.
Garis panduan sudah pun diberikan kepada semua pasukan. Pasukan, pegawai ataupun pemain yang tidak mahu terlibat boleh diambil tindakan.
Para penyokong, terutama sekali peminat pasukan EPL juga diberikan amaran daripada berkelakuan ofensif kepada puak LGBT.
Jika anda didapati berbuat begitu, anda boleh dikenakan tindakan tegas.
Another plug for this. Actual Premier League players telling gay fans they matter.
Maybe to others that seemed obvious. Well, not to us and it feels great so thank you. #RainbowLaces https://t.co/aoXvGxoxxz
— Alex Kay-Jelski (@AlexKayJelski) November 27, 2019
Jadi, diharap anda semua tidak terkejut dengan minggu penuh berpelangi di EPL minggu ini.