Premier League Berikan Penjelasan Saintifik Firmino Ofsaid Kerana Ketiak Terlajak

Semalam berlaku kontroversi yang tak diingini berlaku melibatkan pasukan Liverpool. Jaringan penyamaan Roberto Firmino tidak dikira selepas diperiksa oleh VAR.

Ramai meminta penjelasan tentang perkara itu. Gary Lineker antara yang mempersoalkan kenapa ia ofsaid?

“Gol Firmino tidak disahkan kerana ofsaid. Dia tak ofsaid pun, namun VAR memutuskan dia ofsaid. Apabila sampai ke VAR, sekarang saya ofsaid.”

Pakar analisis bola sepak di Studio BeIn, Andy Gray yang merupakan bekas pemain Everton juga menyatakan VAR sepatutnya membenarkan gol Firmino itu.

Penulis Sukan Forbes juga mempertikaikan tindakan VAR yang dianggap beliau sebagai tidak masuk akal.

Chris Williams berkata: “Saya seorang pakar VAR,  namun kes ini sangat istimewa. Imej pertama Firmino onside. Namun imej kedua garisan digerakkan untuk menampakkan keputusan ofsaid itu tepat. Dalam siaran tv menunjukkan garisan itu telah dialihkan.”

Perdebatan itu membuatkan Premier League bengang dan terus menjawab kenapa Firmino ofsaid.

Mereka menjelaskan hasil analisis saintifik VAR yang menyatakan bahawa ketiak Firmino yang ofsaid.

“Gol pemain Liverpool, Roberto Firmino tak sah kerana sebelum gol itu beliau berada dalam kedudukan ofsaid. Perkara itu sudah disahkan oleh VAR.”

“Garisan merah adalah kedudukan ketiak beliau, yang menunjukkan dengan jelas di hadapan pemain pertahanan Aston Villa.”

Andy Gray mendapat tahu jawapan itu dan berkata: “Bagaimana ketiak boleh ofsaid. Saya tak pernah nampak ketiak boleh menjaringkan gol.”

Jurgen Klopp turut terkejut dengan alasan yang dikemukakan PL dan berkata: “Kamu (katakan) apa dia? Ketiak dia ofsaid?”

“Ini benda kelakar. Korang tahu tak, seorang pengurus boleh hilang jawatan kalau kalah. Ini perkara yang harus diperbaiki.”

Alan Shearer turut menegaskan itu merupakan alasan tidak masuk akal. Bagaimana ketiak boleh ofsaid.

Liverpool menang 2-1 di Villa Park. Mereka berterima kasih kepada 2 gol sangat lewat oleh Andy Robertson dan Sadio Mane.

Robertson menanduk masuk bola pada minit ke-87. Sadio Mane turut melakukan tandukan kilas yang menerjah gawang pada minit ke-90+4.

Liverpool kekal di teratas carta Liga dengan 6 mata di atas Manchester City.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.