Premier League 2020/21: Leicester City 2-2 Manchester United

Manchester United melangkah ke dalam perlawanan ini dengan penuh keyakinan. Mana tidaknya. Musim ini skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer memiliki rekod yang sangat baik ketika beraksi di tepat lawan.

Dari 22 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Manchester United hanya tewas sekali, dan mereka tidak pernah tewas lagi di Stadium King Power sejak kekalahan 3-5 pada September 2014.

Perlawanan bermula dengan sengit dengan kedua-dua pasukan cuba mengawal permainan. Marcus Rashford terlebih dahulu berpeluang meletakkan pasukannya di hadapan, namun tandukan beliau dari jarak dekat melambung tinggi.

Minit ke-23 perlawanan menyaksikan Manchester United berada di hadapan melalui penyudah tenang pemain muda England itu, selepas menerima umpanan tidak sengaja Bruno Fernandes yang berpunca dari gerakan Daniel James dari sebelah kanan.

Gol pendahuluan tersebut bagaimanapun gagal memberikan keyakinan dan kestabilan yang diharapkan oleh United. Ini kerana Man United turut dibociri oleh rembatan dari deras dari luar kotak penalti oleh Harvey Barnes.

Manchester United hanya mampu mempersalahkan diri sendiri kerana memberikan ruang yang sangat luas untuk Barnes melepaskan rembatan tersesbut.

Babak kedua perlawanan, Manchester United melakukan pertukaran awal mengeluarkan Daniel James untuk Paul Pogba.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer mengawal perlawanan dengan baik, dan mempunyai beberapa peluang terbuka terutama pada situasi satu lawan satu di antara Rashford dan Kasper Schmeichel yang berjaya ditepis keluar penjaga gol itu.

United tampak buntu untuk menembusi bahagian pertahanan Leicester City yang kebal sehinggalah gandingan Edinson Cavani dan Bruno Fernandes membenarkan pemain dari Portugal itu meletakkan Man United kembali di hadapan dengan jaringan kedua dalam perlawanan ini untuk mendahului 2-1.

Tatkala kemenangan seperti sudah di dalam gengaman United, mereka dihukum oleh Jamie Vardy yang menyempurnakan hantaran lintang Ayoze Perez untuk mengikat kedudukan 2-2.

Gol tersebut kemudiannya diiktiraf sebagai gol sendiri oleh pemain pertahanan Man United, Axel Tuanzebe.

Kedudukan seri 2-2 kemudiannya kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Leicester: Schmeichel, Justin, Fofana, Evans, Castagne, Ndidi, Tielemans, Albrighton, Maddison, Barnes, Vardy.
Subs: Ward, Iheanacho, Perez, Amartey, Choudhury, Mendy, Praet, Fuchs, Thomas.

Man Utd: De Gea, Lindelof, Bailly, Maguire, Shaw, Fred, McTominay, James, Bruno Fernandes, Rashford, Martial.
Subs: Pogba, Cavani, Greenwood, Lingard, Henderson, Alex Telles, Matic, van de Beek, Tuanzebe.

Referee: Mike Dean (Wirral)

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.