Premier League 2020/21: Chelsea 1-1 Aston Villa

Anwar El Ghazi menjaringkan gol kelima dalam lima perlawanan terakhirnya untuk membantu Aston Villa bangkit dari ketinggalan dan mengikat Chelsea dengan keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge pada awal pagi tadi.

Villa ketinggalan selepas tandukan Olivier Giroud pada babak pertama perlawanan, sebelum El Ghazi menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat pada separuh masa kedua, untuk memastikan rekod tanpa kalah Villa kini diheret kepada lima perlawanan.

Skuad kendalian Dean Smith itu memulakan perlawanan dengan baik sekali namun ketinggalan setelah Giroud berjaya menanduk masuk hantaran lintang Ben Chilwell.

Villa tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan sebaik saingan babak kedua disambung setelah El Ghazi menyambung hantaran Matty Cash yang terus menerjah belakang jaring lawan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu dan masing-masing memiliki peluang untuk meraih gol kemenangan.

Percubaan John McGinn dari jarak jauh misalnya sekadar mengegarkan palang.

Keputusan ini melonjakkan Villa ke kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris, dan ketinggalan satu mata sahaja di belakang empat pasukan utama.

Chelsea pula berada di kedudukan keenam, namun sudah beraksi lebih dua perlawanan berbanding Villa.

CHELSEA (4-3-3): Mendy 6; Azpilicueta 6.5, Christensen 6, Rudiger 6.5, Chilwell 7; Jorginho 6 (Havertz 72, 6.5), Kante 6.5, Mount 6.5; Pulisic 6.5, Giroud 7 (Werner 72, 6.5), Hudson-Odoi 6.5.

Subs: Kepa, Silva, Abraham, Tomori, Kovacic, Gilmour, Emerson. Booked: Azpilicueta, Giroud, Kante.

Lampard: 6

VILLA (4-2-3-1): Martinez 6.5; Cash 7, Hause 7, Ngoyo 6.5, Targett 6.5; Luiz 7, McGinn 7.5; Traore 6.5 (Davis 87), Grealish 7, El Ghazi 7 (Ramsey 81); Watkins 6.5.

Subs: Heaton, Taylor, Hourihane, Nakamba, Engels, Guilbert, El Mohamady.

Smith: 6.5

Referee: Stuart Atwell – 6

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.