Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 3 VS 0 Leeds United

Skuad kendalian Marcelo Bielsa berkunjung ke London untuk bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan saingan premier league.

Spurs pastinya turun dengan tekad untuk mendapatkan tiga mata penuh selepas mereka beberapa perlawanan sebelum ini sering keciciran mata.

Bertemu pasukan yang mempunyai taktikal serangan tanpa henti, Mourinho pastinya mempunyai rancangan tersendiri untuk mengelak gawangnya dibolosi Leeds.

 

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, kedua-dua pasukan terus memulakan aksi serang menyerang dan ia berlanjutan sehingga minit ke-20 permainan.

Tiada jaringan awal diperolehi oleh kedua-dua pasukan walau beberapa siri serangan berbahaya dilancarkan oleh mereka.

Perlawanan kemudian berjalan sedikit perlahan dengan sesekali Spurs berjaya masuk ke kotak penalti Leeds, namun masih gagal untuk mendapatkan gol pembukaan.

Pada minit ke-28, Spurs dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan selepas Steven Bergwijn dijatuhkan oleh Alioski.

 

Harry Kane dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan Spurs dihadapan dengan keputusan 1-0.

Pada minit ke-29 permainan, Spurs berjaya menggandakan kedudukan selepas Son Heung Min berjaya menjaringkan gol menerusi hantaran cantik dari Harry Kane.

Gandingan Son dan Kane semakin menjadi-jadi dan terus memberi ancaman berbahaya kepada barisan pertahanan lawan.

Tamat babak pertama permainan, Spurs berjaya mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Babak kedua bermula dengan Leeds berjaya melancarkan serangan awal namun masih gagal untuk mencari gol pertama mereka dalam perlawanan ini.

 

Lima minit selepas sepak mula babak kedua, Spurs berjaya memperoleh gol ketiga dalam perlawanan ini, menerusi Toby Alderweireld hasil dari sepakan penjuru yang diambil oleh Son Heung Min.

Bola tandukan Toby Alderweireld tepat menemui penjaga gol Leeds, Illan Meslier yang agak kelam kabut untuk menangkap bola tersebut lalu rebah membawa bola melepasi garisan gol.

Leeds masih berusaha untuk memperoleh jaringan pertama mereka dengan terus menerus melancarkan serangan ke kubu Spurs.

Namun jentera serangan Leeds sedikit tumpul dalam perlawanan ini dan gagal mencipta sebarang jaringan.

Ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan, Tottenham Hotspur terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Matt Doherty dilayangkan kad merah kerana mengutip kad kuning keduanya dalam perlawanan ini.

Namun dek kerana masa yang sudah hampir tamat, kelebihan bermain menentang 10 orang pemain gagal dimanfaatkan oleh Leeds dan mereka akur dengan kekalahan 3-0 kepada Spurs itu.

Spurs akhirnya kembali ke landasan kemenangan selepas melalui beberapa perlawanan dengan rekod yang tidak begitu memuaskan sebelum ini.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1): Lloris; Doherty, Alderweireld, Dier, Davies; Winks, Hojbjerg; Bergwijn, Ndombele, Son; Kane

Pemain simpanan: Hart, Reguilon, Rodon, Tanganga, Sissoko, Alli, Fernandes, Lucas Moura, Vinicius

Kad kuning: Doherty, Winks, Hojbjerg

Kad Merah: Doherty

Penjaring: Kane 29, Son 43, Alderweireld 50

Leeds United (4-1-4-1): Meslier; Dallas, Ayling, Struijk, Alioski; Phillips; Raphinha, Rodrigo, Klich, Harrison; Bamford

Pemain simpanan: Casilla, Cresswell, Casey, Hernandez, Shackleton, Jenkins, Poveda-Ocampo, Costa, Huggins

Kad kuning: Phillips

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.