blank

Premier League 2020/21: Manchester United 1 VS 0 Wolves

blank

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer melayan kunjungan anak-anak buah Nuno Espirito Santo dalam saingan premier league awal pagi tadi.

United turun dengan misi mahu mendapatkan tiga mata penuh selepas gagal untuk melakukannya pada minggu lalu.

Selepas melihat Leicester City yang hanya sekadar peroleh keputusan seri dan Liverpool gagal untuk menewaskan West Bromwich minggu lalu, ini adalah kesempatan untuk United terus memberi cabaran dalam merebut gelaran liga musim ini.

Wolves bermain dengan menggunakan lima midfield dan pastinya taktik ini digunakan bagi menghalang United dari mendominasi bahagian tengah padang.

Dari awal sepak mula, United sudah memulakan serangan ke kubu Wolves dan sehingga 10 minit pertama permainan, setan merah jelas mendominasi perlawanan.

Serangan demi serangan dilakukan oleh anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer, namun sayangnya tiada jaringan awal yang diperolehi mereka.

Sesekali Wolves berjaya melancarkan serangan ke kubu United, namun kecekapan De Gea dalam perlawanan ini menjadi penghalang mereka mendapatkan gol.

Sehingga minit ke-30 permainan, United dilihat banyak merencanakan serangan, namun kerap juga terkandas kerana hantaran tidak sampai ke rakan sendiri.

Tamat babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan terikat tanpa jaringan.

Masuk babak kedua permainan, setan merah membuat pertukaran awal dengan mengeluarkan Alex Telles dan memasukkan Luke Shaw.

Awal babak kedua perlawanan, permainan nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan lebih berhati-hati dalam gerakan masing-masing.

United mengalami kesukaran dengan masalah yang sama iaitu hantaran mereka sering tersangkut dan tidak sampai ke rakan yang di cari.

Baru masuk minit ke-73, Rui Patricio sudah cuba untuk membuang masa dan mungkin mahu berpuas hati dengan keputusan seri di Old Trafford.

Tindakan beliau itu telah menyebabkan pengadil perlawanan, Jonathan Moss melayangkan kad kuning padanya.

Berakhir 90 minit masa sebenar perlawanan, kedua-dua pasukan masih lagi terikat tanpa jaringan dan pengadil memberikan tambahan masa selama lima minit.

Ketika Wolves sudah berasa lega dengan keputusan seri, Marcus Rashford berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan bijak seterusnya menjadi gol kemenangan untuk United.

Bruno Fernandes berjaya menghantar bola dari jarak jauh dengan tepat menemui Rashford yang sedang melakukan larian ke dalam kotak penalti Wolves.

Rashford yang menerima bola itu dikawal oleh tiga pemain pertahanan Wolves, beliau menggunakan kebijaksanaannya dengan melakukan sedikit gelecekan lalu melepaskan rembatan padu menewaskan Rui Patricio.

Jaringan tersebut memberikan United tiga mata penuh dan membawa mereka ke kedudukan ke-2 dalam saingan liga musim ini.

Ole Gunnar Solskjaer kini sudah berjaya menewaskan 22 dari 24 pengurus yang pernah beliau hadapi dalam saingan premier league sejak dari dilantik untuk menguruskan Manchester United.

Setan merah kini hanya dua mata sahaja dipisahkan dari pendahulu liga, Liverpool dan kedua-dua mereka akan dipertemukan pada 18 Januari nanti.

Manchester United: De Gea 7, Wan-Bissaka 6, Bailly 6, Maguire 6.5, Telles 6 (Shaw 45 6), Pogba 6, Matic 6.5, Greenwood 6 (Martial 64 6), Fernandes  7.5 (McTominay 90+5), Rashford 7, Cavani 6

Pemain simpanan: Mata, Fred, James, Henderson, van de Beek, Tuanzebe

Kad kuning: Rashford

Penjaring: Rashford

Wolves: Patricio 6, Coady 7, Saiss 7, Kilman 6, Hoever 6, Neves 6, Vitinha  6.5 (Podence 54 6), Moutinho 6, Ait-Nouri 6.5, Traore 6.5, Neto 6 (Silva 68 6)

Pemain simpanan: Ruddy, Semedo, Cundle, Richards, Otasowie, Corbeanu, Marques

Kad kuning: Patricio

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.