Penyambung legasi Sir Alex Ferguson yang pertama, David Moyes yang tidak kekal lama ketika membimbing Manchester United telah kembali ke Old Trafford.
David Moyes kembali mendapat sentuhan beliau ketika bersama Everton seperti dahulu kala apabila cemerlang membawa West Ham United berada dalam kelompok 5 teratas.
Berbanding kelab London yang lain seperti Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur, West Ham United yang mendapat jolokan the hammers ini boleh dikatakan paling miskin.
FT: Manchester United 1-0 West Ham
13 games unbeaten in all competitions 😤 pic.twitter.com/ZSrivtEp8S
— B/R Football (@brfootball) March 14, 2021
Namun prestasi mereka di padang tidak boleh direndahkan darjat mereka apabila mereka kini berada di belakang Chelsea yang kaya raya dalam carta liga.
Pada minit ke-53 Scott McTominay meraikan jaringan kerana menjangkakan bahawa beliau telah menjaringkan gol pendahuluan buat Manchester United.
Walaupun gol itu masuk namun penjaring diberikan kepada Craig Dawson kerana telah menjaringkan gol sendiri dan menjadi satu-satunya gol perlawanan
West Ham United gagal mecatatkan sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini dan sekadar mendaftarkan 3 percubaan sahaja.
❌❌❌❌
Four #PL clean sheets in a row for Ole's men 💪
💻 https://t.co/YS4CBzXRmU
🔴 #MUFC
#️⃣ #MUNWHU pic.twitter.com/iGm9Gcphgi— Manchester United (@ManUtd) March 14, 2021
Kemenangan ini menjadikan Manchester United kini memegang rekod 13 perlawanan dengan tidak pernah kalah dan kekal berada di kedudukan kedua dalam carta saingan liga.
Man Utd: Henderson, Wan-Bissaka, Lindelöf, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Greenwood, Bruno Fernandes, James, Rashford. Subs: Bailly, Grant, Diallo, Alex Telles, Bishop, Matic, Williams, Tuanzebe, Shoretire.
West Ham: Fabianski, Coufal, Dawson, Diop, Cresswell, Soucek, Rice, Johnson, Noble, Bowen, Antonio. Subs: Balbuena, Benrahma, Lanzini, Alves, Martin, Trott, Odubeko, Coventry.
Referee: Chris Kavanagh (Lancashire)