Premier League 2020/21: Manchester City 1-1 West Brom

Pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran West Brom berjaya mengutip satu mata berharga di Etihad pada awal pagi tadi selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Manchester City.

Ia adalah mata pertama mereka di situ sejak 2005, turut menyaksikan aksi heroic penjaga gol Sam Johnstone menyelamatkan dua percubaan bahaya dari pemai pasukan tuan rumah.

City dilihat berada di landasan betul untuk satu lagi kemenangan di tempat sendiri menentang West Brom apabila Ilkay Gundogan meletakkan skuad kendalian Pep Guardiola di hadapan setelah menyempurnakan cut back dari Raheem Sterling.

Tetapi kelebihan hasil gol pertama dari 22 perlawanan pemain tengah itu untuk City berjaya dipadam oleh lawan sebelum tamat babak pertama apabila voli oleh Semi Ajayi yang pada mulanya kelihatan akan keluar terbias pemain pertahanan Ruben Dias untuk memerangkap Ederson.

Ia adalah gol pertama yang City lepaskan di dalam tempoh 608 minit, dan perlawanan diteruskan dengan usaha bertahan luar biasa oleh anak buah Slaven Bilic pada babak kedua permainan.

West Brom harus berterima kasih kepaa ketangkasan bekas penjaga gol akademi Man United, Johnstone yang cemerlang menafikan Gundogan, dan juga Sterling pada lewat permainan.

West Brom kekal di kedudukan kedua tercorot, namun satu mata menentang pasukan seperti City hanya memberikan perkara positif kepada mereka.

City pula kehilangan dua mata, mengekalkan mereka di kedudukan keenam, tetapi terus ketinggalan lima mata berbanding Spurs dan Liverpool di keduduka teratas liga.

MANCHESTER CITY (4-2-3-1): Ederson 6; Cancelo 7.5, Dias 6.5, Ake 6.5, Mendy 6 (Walker 75min, 6); Gundogan 6.5, Rodri 6; Foden 6 (Aguero 76), De Bruyne 7, Sterling 6.5; Jesus 6.

Subs not used: Steffen, Laporte, Silva, Torres, Mahrez.

Scorer: Gundogan 30.

Booked: Cancelo, Ake.

Manager: Pep Guardiola 5.5.

WEST BROMWICH ALBION (4-1-4-1): Johnstone 8.5; Furlong 6, Ajayi 7, O’Shea 7, Gibbs 6.5; Livermore 6 (Krovinovic 80); Diangana 6.5, Gallagher 6.5, Sawyers 7, Phillips 6.5 (Peltier 87); Grant 6 (Austin 70, 6).

Subs not used: Button, Robinson, Grosicki, Ivanovic.

Scorer: Dias 43 (og).

Booked: Gallagher, Sawyers, Peltier.

Manager: Slaven Bilic 7.

Referee: Peter Bankes 6.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.