Premier League 2020/21: Liverpool 1-1 West Brom

Semi Ajayi menjaringkan gol minit akhir yang dramatik menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool sekaligus memberikan mata pertama buat West Brom sejak Sam Allardyce mengambil alih pasukan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp dan penyokong setia tidak tergoncang The Reds sebelum itu amat yakin mampu meraih tiga mata menentang West Brom yang terperosok di kedudukan kedua tercorot liga.

Keyakinan itu ditambah dengan gol pendahuluan seawal minit ke-12 oleh Sadio Mane.

Gol berpunca dari hantaran jarak jauh (long ball) Joel Matip yang didada dengan baik oleh Mane sebelum merembat melepasi Sam Johnstone.

Liverpool mendominasi perlawanan untuk tempoh masa yang lama tanpa mampu menambah jumlah jaringan, tetapi The Baggies kemudiannya menambahbaik permainan mereka sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 perlawanan.

Ajayi melonjak tinggi mengatasi pemain pertahanan Sang Penakluk Dunia untuk menanduk masuk bola yang mencetuskan keraian di kem West Brom di Anfield.

Liverpool masih berpeluang memburu gol kemenangan selepas itu. Namun aksi tangkas produk akademi Manchester United, Johnstone di hadapan gawang berjaya menafikan Roberto Firmino, untuk satu mata berharga dari Anfield.

Liverpool (4-3-3): Alisson 6; Alexander-Arnold 5, Matip 6 (R Williams 60min, 5), Fabinho 6, Robertson 6.5; Jones 5 (Oxlade-Chamberlain 83), Henderson 6, Wijnaldum 5; Salah 5.5, Firmino 6 (Origi 90), Mane 6.

Subs not used: Kelleher, N Williams, Phillips, Milner, Minamino, Shaqiri.

Scorer: Mane 12.

Booked: None.

Manager: Jurgen Klopp 6.

West Brom (4-4-1-1): Johnstone 8; Furlong 7, Ajayi 7, O’Shea 7, Gibbs 7; Robinson 6 (Pereira 73, 5), Phillips 6.5, Sawyers 6.5, Gallagher 6 (Ivanovic 90); Diangana 6.5; Grant 6 (Austin 78).

Subs not used: Button, Peltier, Kipre, Harper, Krovinovic, Grosicki.

Scorer: Ajayi 82.

Booked: O’Shea.

Manager: Sam Allardyce 7.

Referee: Kevin Friend 6.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.